Mengapa susu ibu penting untuk si manja mommy?
- Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, dan boleh mencegah sesetengah kematian bayi.
- Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesity dan darah tinggi.
- Telah tersedia pada bila-bila masa dan tidak memerlukan sebarang penyediaan.
- Berubah-ubah mengikut keperluan bayi.
Mengapa pentingnya juga penyusuan susu ibu kepada mommy?
Hal ini kerana, mommy dapat mengurangkan beberapa risiko seperti:
- Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovary
- Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis)
- Membakar lemak badan yang terkupul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil.
- Mempercepatkan pengecutan Rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.
- Menjarakkan kehamilan.
- Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi.
Manakala, antara keburukan kepada mommy yang tidak memberi susu ibu pula ialah :
Meningkatkan risiko seperti :
- Barah payudara, dan beberapa jenis barah ovary.
- Patah tulang pinggul di usia tua (osteoporosis).
- Pengekalan lemak badan yang terkumpul semasa hamil seterusnya akan menyebabkan kegemukan di kemudian hari.
- Kurang sel darah merah (anemia) disebabkan kurang pengecutan Rahim selepas bersalin dan kedatangan haid yang lebih awal.
- Kehamilan yang rapat disebabkan oleh kurang mendapat kesan kejarakan kehamilan melalui penyusuan susu ibu.
- Kurang kesempatan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi.
Apakah keburukkan kepada si manja yang tidak diberikan susu ibu?
Si Manja mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk :
- Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing.
- Eczema dan lain-lain keadaan alahan.
- Keradangan usus besar yang serius (necrotizing enterocolitis) bagi bayi pramatang.
- Perkembangan IQ yang lebih rendah.
- Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa.
- Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia.
Manakala keburukan susu rumusan / susu formula pula ialah :
- Rumusan bayi tidak mengandungi antibody yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan.
- Bayi lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakann dengan betul.
- Penyediaan susu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih dan menggelegak selama 1-2 minit untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi.
- Bayi kurang kecerdasan otak.
- Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan.
- Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Contoh keperluan : Bayi memerlukan 40 tin untuk 6 bulan pertama. Ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 X 40 tin/6bulan).
- Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya.
- Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu.
- Kurang ikatan kasih saying antara ibu dan bayi.
Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”.