PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

Article oleh : Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Runding Pediatrik & Penasihat Penyusuan Susu Ibu

Ramai pakar-pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sangat berkhasiat dan juga merupakan antibiotic semula jadi yang mampu membantu bayi melawan pelbagai jenis jangkitan. Penyusuan susu ibu juga seharusnya memberi kepuasan dan ketenangan kepada kedua-dua ibu dan juga bayi. Namun, semasa menyusukan bayi, beberapa kesulitan mungkin timbul yang boleh melemahkan semangat ibu-ibu untuk terus menyusukan anak mereka. Berikut adalah beberapa soalan lazim oleh kebanyakan ibu-ibu baru:

#1 Memang patutkah puting saya terasa sakit dan kering semasa atau selepas menyusukan bayi?

TIDAK ! Kebanyakan pakar bersetuju bahawa sebarang kesakitan atau rekahan pada putting adalah disebabkan oleh kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu dan kegunaan produk kebersihan (sabun, krim, dll), pada payudara sebelum, semasa atau selepas menyusu.

Pelekapan dan kedudukan adalah penting, Pastikan pelekapan adalah betul dan gunakan jari anda untuk memberhentikan penghisapan. Mommy juga boleh sapukan lanolin selepas menyusu kerana ia memberi perlindungan dan penjagaan pada kulit anda sambil mencegah putting daripada menjadi terlalu kering. Anda juga boleh sapukan susu anda di sekeliling putting selepas menyusukan bayi. Paling menakjubkan, susu ibu juga adalah pelembab yang sangat berkesan. Semasa meyusukan bayi, anda juga boleh bergilir-gilir di antara kedua-dua putting dan biarkan ia dianginkan sehingga kering di antara penyusuan. Mengalami putting sakit beberapa hari pertama selepas kelahiran adalah normal. Penyusuan akan menjadi lebih mudah apabila tubuh anda mula menyesuaikan diri.

#2 Saya memahami bahawa pada masa ini tubuh saya sedang menghasilkan susu dan meyebabkan payudara saya membesar. Tetapi mengapakah ia terasa keras, sakit dan bengkak?

Payudara yang penuh dengan susu berkhasiat untuk bayi anda adalah sesuatu yang semula jadi dan sihat. Walau bagaimanapun, jika tidak dikosongkan dengan kerap, saluran darah di payudara menjadi sesak, dan seterusnya memerangkap cecair di dalam tisu payudara dan menyebabkan kebengkakan. Jika kebengkakan dibiarkan berterusan, puting akan menjadi leper dan merumitkan pelekapan serta boleh menyebabkan payudara menjadi lebih sakit.

Kebengkakan biasanya berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas kelahiran. Kerap menyusukan bayi anda dari semasa ke semasa atau bila-bila masa anak anda lapar serta elak daripada melangkau waktu penyusuan. Anda juga boleh memerah susu secara manual atau menggunakan pam. Anda juga boleh meredakan kesakitan dengan mengurut sambil mengalirkan air suam ke atas payudara. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencegah duktus tersumbat dengan teknik yang sama.

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

#3 Sebelah payudara saya terasa sakit, sengal, panas dan sakit apabila disentuh, selalunya diikuti dengan demam, bolehkah saya terus menyusukan bayi atau haruskah saya tunggu sehingga pulih daripada demam sebelum menyusu semula?

Simptom-simptom yang digambarkan adalah sama seperti payudara ibu yang dijangkiti bakteria. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai Mastitis atau jangkitan payudara. Payudara mungkin terasa bengkak, sebelah payudara terasa semakin panas dan kesakitan bertambah. Simptom-simptomnya sama seperti simptom kebengkatan atau duktus tersumbat dan selalunya diburukkan lagi oleh stress dan atau keletihan.

Mastitis boleh dicegah dengan meneruskan penyusuan susu ibu atau memerah susu secara tetap. Jika anda dijangkiti, jangan berhenti menyusukan bayi. Susu  anda tidak dijangkiti dan oleh yang demikian tidak menjejaskan anak anda. Jangan tunggu sehingga demam anda reda, anda harus berjumpa dengan pakar pediatrik/ pakar pengurusan laktasi untuk rawatan lanjut.

#4 Bolehkah saya menyusukan bayi saya jika saya mendapat jangkitan kulat?

Boleh, walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk berjumpa doctor bagi rawatan segera untuk anda dan juga bayi. Jangkitan kulat di puting atau “seriawan” biasanya disebabkan oleh peningkatan bakteria Candida di sekeliling puting anda. Jika anda dijangkiti, pastikan anda membersihkan dengan sempurna kesemua barangan anda samada yang disentuh oleh anda atau bayi anda. Adalah mencukupi dengan merendamkan barangan di dalam air panas. Satu lagi tip berguna adalah kerap menukar lapik penyusuan (“nursing pad”) dan pastikan puting anda sentiasa dalam keadaan kering.

Oleh itu, jika kerap kali mommy terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah ini serta masalah peribadi yang ain secara bersendirian dan ini menambahkan lagi tekanan. Justeru itu, para suami, pasangan dan ahli keluarga terdekat yang lain harus memainkan peranan dalam memberi sokongan emosi, psikologi dan fizikal yang amat diperlukan.

Mempelajari teknik penyusuan susu ibu yang betul juga boleh membantu mengasah kemahiran keibuan anda. Kumpulan sokongan, pakar-pakar pediatrik, laktasi, keibuan serta keluarga dan rakan-rakan boleh membantu anda mengatasi halangan-halangan penyusuan. Dapatkan bantuan dengan segera jika anda menghadapi mana-mana satu daripada masalah yang disebut.

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.