CARA PEMILIHAN BEKAS PENYIMPANAN SUSU PERAHAN
Susu adalah cecair yang begitu berharga. Oleh itu, mommy wajar mengetahui cara terbaik bagi menyimpan dan menggunakan susu perahan. Ramai mommy yang bertanya, bekas apakah yang terbaik digunakan bagi menyimpan susu? Bolehkah menyimpan susu di dalam botol plastik, bekas dadih, plastik aiskrim atau bagaimana? Berapa lama pula ia dapat disimpan?
Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan penyimpanan susu ibu perahan seperti :
* Penyimpanan susu dapat menyebabkan pengurangan kandungan bahan melawan penyakit seperti antibodi, antioksidan, sel-sel putih, dan kandungan lemak yang berkhasiat bagi tumbesaran bayi.
*Botol ataupun plastik yang digunakan perlu selamat, tahan lama, tebal dan tidak mudah bocor.
*Risiko pencemaran adalah tinggi sekiranya tempat menyimpan susu mudah terkoyak ataupun bocor.
*Dalam buku The Breastfeeding Answer Book, dikatakan botol kaca adalah pilihan terbaik bagi membekukan susu, diikuti oleh botol plastik keras (polycarbonat) dan plastik daripada polypropylene.
*Kebanyakan ibu di Malaysia jarang menggunakan botol kaca kerana ia sukar didapati dan harganya mahal. Ia mungkin berbahaya sekiranya retak ataupun pecah.
* botol keras yang dibuat daripada polycarbonat sering dikaitkan dengan sejenis bahan kimia, Biphenol A(BPA) yang digunakan bagi membuat plastik itu.
*Sekiranya botol yang mengandungi BPA kerap kali dipanaskan, ia dapat menyerap keluar dan mencemari susu ataupun bahan makanan di dalamnya.
*BPA dapat menganggu fungsi hormon dan endokrin yang mengawal atur sistem pertahanan dan reproduktif badan.
*Elakkan daripada menggunakan bekas ataupun botol yang mengandungi BPA.
Namun, ramai ibu mula beralih menggunakan botol yang dibuat daripada polypropylene kerana tidak mengandungi BPA. Botol ini tidak sekeras dan sejernih botol polycarbonat dan mudah didapati di Malaysia.
Penggunaan plastik penyimpanan susu.
*Gunakan plastik yang direka khas bagi menyimpan susu yang biasanya lebih tebal, tahan lasak, dan tidak mengandungi BPA.
*Ia dapat menjimatkan ruang di dalam peti sejuk.
*Plastik ini harus diikat ketat bagi mengelakkan pencemaran.
*Ada plastik penyimpanan susu didatangkan dengan zip penutup yang ketat dan tidak mudah bocor.*Ia dapat ‘dibaringkan’ di dalam peti sejuk dan dapat disusun bagi menjimatkan ruang. Kelemahannya adalah harganya mahal dan hanya dapat digunakan sekali sahaja.
*Plastik penyimpan yang nipis dan senang bocor tidak digalakkan menyimpan susu bagi dibekukan kerana ia senang bocor dan pecah.
Adakah bekas membuat dadih sesuai dijadikan bekas menyimpan susu?
*Perhatikan dahulu nombor kod yang tertera di bawah bekas itu.
*Elakkan daripada menggunakan bekas dengan nombor tiga, enam, dan tujuh.
*Bekas yang selamat adalah bekas yang berkod lima kerana ia di buat daripada polypropylene.
Bolehkah ia digunakan berulang kali?
*Banyak pendapat yang memberikan jawapan yang berbeza.
*Sebaik-baiknya, jangan gunakan ia berulang kali kerana dikhuatiri bahan kimia mungkin menyerap dalam bahan makanan.
Oleh itu, Mommy harus memiliki pengetahuan sebelum memilih bekas yang terbaik bagi menyimpanan susu perahan mereka. Selain daripada harga, aspek keselamatan, kebersihan dan mesra alam perlu diambil kira. Selagi mampu, cuba amalkan cara hidup yang lebih mesra alam dan kurangkan penghasilan sampah yang membebankan alam sekitar
Walau bekas apa pun yang ibu pilih, pastikan bekas itu bersih sebelum digunakan. Basuh dengan sabun dan air suam dan biarkan ia kering sebelum digunakan. Plastik penyimpan tidak perlu dibasuh.
Klik link di bawah untuk membeli Car Seat
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”