5 SEBAB NUTRISI PENTING BUAT IBU MENGANDUNG

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

5 SEBAB NUTRISI PENTING BUAT IBU MENGANDUNG

Image may contain: one or more people and text

1. MENCEGAH KECACATAN BAYI
Kekurangan nutrisi yang lengkap boleh menyebabkan kecacatan bayi malah boleh mengakibatkan perkembangan bayi menjadi terencat. Tambahan lagi, nutrisi yang lengkap dan cukup yang diperlukan oleh para ibu juga boleh mencegah dari masalah anemia yang boleh mengakibatkan bayi pra-matang.
Tahukah kita bahawa bayi pra-matang ni,segala organ dalamannya juga tidak matang kerana kekurangan nutrisi yang lengkap semasa dalam perut ibunya.

2. MEMASTIKAN IBU DAN ANAK SENTIASA SIHAT
Bila nutrisi iaitu vitamin,zat dan mineral lengkap dan cukup buat ibu,ia membantu meningkatkan sistem imun ibu malah bayi didalam perut juga mendapat khasiat nutrisi tersebut. Juga membantu perkembangan otak bayi dari dalam perut lagi.

3. MEMBERI TENAGA BERPANJANGAN BUAT IBU
Bila badan kita sihat dan cukup nutrisi, secara tak langsung para ibu lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian malah mencegah ibu daripada masalah tekanan yang boleh mengakibatkan pendarahan.

4. PENGHASILAN SUSU YANG PENUH NUTRISI DAN SIHAT
Untuk para ibu yang sedang mengandung, nutrisi yang lengkap amat membantu ibu dalam penghasilan susu yang berkhasiat dan banyak selepas bersalin. Maka dicadangkan para ibu diluar sana, pastikan anda menjaga nutrisi seharian anda untuk memastikan penghasilan susu yang banyak selepas bersalin. Bukan beri perhatian selepas bersalin ye, bila susu kurang baru nak cari supplement or nak makan makanan yang berkhasiat. Sebab masa tu, kalian semua perlu bekerja kuat untuk merangsang kelenjar susu untuk bekerja.

5. KESIHATAN SELEPAS BERSALIN
Kalau nak nampak cergas dan bertenaga selepas bertarung nyawa semasa melahirkan anak, kenalah pastikan anda mendapat nutrisi yang lengkap seawal tempoh kehamilan dan berterusan sehingga hari bersalin ye.

Kedai fizikal kami di:

SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)

PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice