BOLEHKAH BERURUT SEMASA MENGANDUNG?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

BOLEHKAH BERURUT SEMASA MENGANDUNG?

Image may contain: one or more people, people standing, text and close-up
?
Soalan pertama yg mungkin mama2 yang baru preggy akan tanya sbb badan dah start sakit2 kan??
???????? ??????? ?????? ??????????? ???????? ?????? ?????? ??? ???? ???? ????? ??????????

?Sewaktu mengandung atau hamil, badan mengalami perubahan besar. Adakalanya rasa tidak selesa terutama ketika waktu tidur. Mengiring salah, terlentang salah. Waktu siang pula badan rasa berangin, mencucuk-cucuk, lenguh dan rasa sakit terutama bahagian belakang dan pinggang. Waktu ni mesti terfikir alangkah sedapnya jika badan dapat diurut. Pasti lega dan mengurangkan kesakitan.

?Sebenarnya berurut semasa mengandung mendatangkan pelbagai kebaikan kepada ibu mengandung, dengan syarat tukang urut mestilah berpengalaman dan mahir mengurut orang yang megandung.
Elakkan berurut pada awal kehamilan

?Urutan yang baik boleh melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik dan merehatkan otot. Namun, seperti yang kita tahu di badan kita terdapat titik-titik refleksologi yang mewakili organ-organ dalam badan dan dapat merangsangkan fungsinya. Jika tersalah urut pada titik tersebut, risiko rahim mengecut adalah tinggi dan boleh menyebabkan keguguran. Urutan yang terlalu awal, iaitu pada awal trimester meningkatkan risiko keguguran kerana sebab diatas.

?Selain itu, urutan yang kuat pada perut juga boleh merangsang pengecutan rahim dan urutan yang kuat pada paha dan betis dikhuatiri akan menyebabkan darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal (dislodged) dan memasuki saluran darah pada otak yang boleh menyebabkan stroke. Apa lagi dalam keadaan wanita hamil yang darahnya senang membeku.

?Selain abdomen atau perut, kawasan larangan urutan pada wanita mengandung termasuklah pergelangan kaki dan tangan,serta tapak kaki kerana dipercayai dapat merangsang pengecutan otot-otot di sekitar pelviks termasuklah otot rahim.
Para pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil dan mengurut secara ringan sahaja. Ramai pengurut yang menekan terlalu kuat, kononnya untuk mencucuk titik-titik angin sehingga meninggalkan kesan pada kulit wanita berkenaan. Ini bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah mungkin mendatangkan mudarat.

Jadi..kesimpulannya disini mama-mama boleh buat beberapa alternatif lain untuk mengurangkan kesakitan ketika hamil seperti exercise yang simple saja atau menggunakan minyak urut sapu ditempat yang sakit2 itu.. ??❤️

 

 

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice