8 Fakta Menarik Tentang Menyusu Badan

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

8 Fakta Menarik Tentang Menyusu Badan

#1: Boleh mengurangkan berat badan. Perasan tak wanita yang menyusu badan anak mereka rata-ratanya mudah menghilangkan berat tambahan yang mereka dapat ketika mengandung? Kadar metabolisme yang diperlukan untuk menyusukan anak anda setiap hari bersamaan dengan kadar yang diperlukan untuk berjalan sejauh 7 batu (7 batu = 11.27km)

#2: Susu badan memberi bayi anda nutrien dan antibodi. Susu badan dianggap sebagai makanan yang ideal untuk bayi anda. Kandungan nutrien dan antibodi dalam susu ini bagus untuk pertumbuhan sihat bayi anda dan melindungi mereka daripada penyakit yang lazim untuk bayi di seluruh dunia seperti pneumonia.

#3: Bukan sebab kurang bekalan susu badan. Jangan khuatir jika bekalan anda merasakan seperti bekalan susu badan anda makin berkurang. Ini mungkin bemakna badan anda sudah dapat menyesuaikan dengan kadar keperluan penyusuan bayi anda.

#4: Susu badan anda bagus untuk perkembangan jangka masa panjang bayi anda. Efek susu badan bukan hanya untuk ketika bayi anda kecil saja, malahan risiko untuk menghidap penyakit seperti diabetes jenis I dan II, tekanan darah tinggi, asma, eczema, leukemia dan juga obesiti dapat dikurangkan.

#5: Termometer. Payu dara ibu boleh mengesan peningkatan atau penurunan suhu badan bayi dan bertindak mengikut keperluan untuk mengekalkan suhu bayi. Ini adalah antara satu sebab penting sentuhan antara ibu dan bayi di awal kelahiran

#6: Menyusu membuat anda dan bayi relaks. Penyusuan bayi mencetuskan penghasilan hormon ‘oxytocin’ yang membuat anda dan bayi tenang

#7: Puting susu anda bukan yang seperti anda sangkakan. Susu disembur daripada banyak lubang. Bukan satu sahaja. Lain wanita, lain jumlah lubangnya.

#8: Bau. Bayi yang disusu badan boleh membezakan ibu mereka daripada bau mereka sahaja.

Image may contain: 1 person, text

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice