Anak selalu sembelit? Apa yang perlu saya ambil tahu.
Sebagai seorang ibu mesti risau perkara seperti ini berlaku kepada baby kita tetapi sebenarnya kekerapan baby itu membuang air besar bukanlah perkara paling penting tetapi keadaan najis yang dikeluarkan itu patut diperhatikan.
Baby yang eksklusif menyusu susu ibu, selalunya mudah nak serap semua nutrien dari susu ibu dalam prosesnya nak membesar. Jadi asalkan najisnya lembut setiap kali membuang, itu sudah cukup bagus ya.
Tapi kalau baby kita menunjukkan tanda-tanda begini, baby kita mungkin tengah mengalami masalah sembelit antaranya ialah:
1. Najisnya macam tanah liat yang keras.
2. Najis yang bercampur dengan darah.
3. Perut bayi tegang, keras dan buncit.
4. Bayi meneran sambil menangis semasa membuang air besar seolah olah kesakitan.
5. Bayi tiada selera hendak menyusu atau makan seperti biasa.
***Jika keadaan bayi begini berterusan, tolong dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar yang segera ya. 🩺
Ibu-ibu perlu memastikan baby anda makan makanan yang betul kerana ia sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit.
Sila klik pada gambar diatas untuk melihat lebih banyak variasi makanan bayi yang kami sediakan.