Antara Doa Memudahkan Ibu Bersalin. Insya Allah.

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Antara Doa Memudahkan Ibu Bersalin. Insya Allah.

Seperti yang mommy tahu, Ayat-ayat ini hanyalah sebahagian daripada doa yang boleh diamalkan, namun sebenarnya seluruh ayat dalam Al-Quran boleh dijadikan amalan doa yang mustajab. Apa yang penting, keyakinan bagi orang yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.

Namun begitu, seperti yang mommy tahu adalah sangat baik jika tips dan petua ini diiringi dengan amalan doa agar Allah memberi kemudahan sewaktu proses bersalin nanti. Antara doa-doanya ialah :

1) Ayat 38, Surah Ali Imran

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

2) Ayat 11, Surah Fatiir

“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”

3) Ayat 26, Surah Maryam

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”

4) Ayat 8, Surah ar-Ra’d

“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.”

5) Ayat 87, Surah Anbiya

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”

Oleh itu, kita sama-sama berdoa agar  dipermudahkan segala urusan melahirkan anak tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun melalui pembedahan. Yang penting adalah nyawa anda dan bayi yang dilahirkan selamat. Dan yakinlah bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa hamba-Nya yang memohon dengan bersungguh-sungguh. Amin…

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice