Ramai mommy yang tertanya-tanya apakah kaedah terbaik untuk membuatkan si manja tidur secukupnya?
Seperti yang mommy tahu bayi tidak mempunyai kitaran tidur biasa sehingga berumur 6 bulan. Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir tidur sekitar 16 hingga 17 jam sehari, mereka hanya boleh tidur 1 atau 2 jam pada satu masa. Apabila umur bayi semakin meningkat, mereka akan kurang tidur berbanding masa mula2 kelahiran.
Namun, setiap bayi mempunyai keperluan tidur yang berbeza. Tambahan pula perkara normal bagi kanak-kanak berusia 6 bulan untuk bangun pada waktu malam tetapi kembali tidur selepas beberapa minit.
Oleh itu, berikut adalah beberapa cadangan yang dapat membantu si majna mommy tidur lebih lena pada waktu malam :
1.Pastikan si manja mommy dalam keadaan yang tenang dan selesa ketika mommy menggantikan lampin pada waktu malam. Cuba jangan merangsang atau membangunkannya terlalu banyak. Hal ini kerana, kemungkinan si manja akan bangun dan mengambil masa untuk lelap semula.
2.Jadikan waktu bermain pada waktu siang. Bercakap dan bermain dengan si manja mommy pada siang hari juga akan membantu memanjangkan waktu terjaga. Ini akan membantu si manja tidur lebih lama pada waktu malam
3.Letakkan si manja mommy tidur ketika mengantuk tetapi masih dalam keadaan terjaga. HaI ini juga akan membantu si manja mommy belajar tidur sendiri di atas katilnya. Mommy juga boleh mendodoikan si manja sehingga dia benar-benar tertidur.
4.Sebelum Si manja tidur, mommy juga perlu tunggu beberapa minit sebelum menjawab kerenah si manja. Lihat sama ada dia boleh tidur sendiri atau tidak. Sekiranya dia terus menangis, periksa dia, tetapi jangan nyalakan lampu, mommy perlu bermain dengannya, atau angkatnya. Sekiranya si manja menjadi panik atau tidak dapat menenangkan diri, pertimbangkan apa lagi yang mengganggunya. Kemungkinan si manja berasa lapar, basah atau kotor, demam, atau tidak sihat.
Walaubagaimanapun, Jika mommy mengikuti jadual tidur yang konsisten mommy dapat memastikan si manja dapat tidur yang mencukupi. Hal ini kerana, jika si manja mendapat tidur yang cukup adalah satu langkah juga untuk memastikan mommy mendapat tidur yang secukupnya pada waktunya.
~ Selamat Mencuba ~
Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”