Tahukah mommy? Langkah berpantang bagi ibu bersalin czer sangat mudah dan perlu dilakukan. Mommy perlu melakukan langkah-langkah ini secara konsisten, jangancuri tulang ya mommy… Namun ada juga sesetengah mommy berpendapat ibu bersalin czer perlu berpantang lebih daripada ibu bersalin normal. Malah bagi mommy yang berpantang secara moden perlulah juga melakukan beberapa langkah-langkah berpantang secara tradisional.
Ha ini kerana, selepas pembedahan czer ini adalah masa untuk memulihkan semula badan mommy dari keletihan mental dan fizikal. Sebab itu, mommy perlu sangat berpantang untuk iri sendiri dan bayi yang menyusu.
Antara langkah-langkah berpantang untuk mommy czer adalah :
1.Tuaman seluruh badan
Tuaman seluruh badan perlu dilakukan mommy sebaiknya sejurus selepas keluar bilik bedah. Jadi, mommy perlu sediakan tuaman seperti pakai tungku bantal elektrik atau hot water bag.
Bahagian yang perlu di tuam ialah Perut (elakkan tempat c-sect), celah peha, betis, tapak kaki, pinggang, pinggul, belikat dan belakang.
Rawatan tuaman ini banyak membantu memecahkan dan mengeluarkan angin, melegakan otot yang tegang, dan melancarkan pengeluaran darah bantal (darah awal yang berketul selepas bersalin).
2.Memberi Susu dada kepada Si Manja
Menyusu bayi mampu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Ia juga mampu membantu manjadikan tubuh kembali langsing.
Rahsianya untuk menjayakan penyusuan susu ibu adalah dengan banyakkan berzikir, amalkan makan sayur terutama sayur berdaun hijau, minum banyak air putih dan konsisten menyusu/mengepam.
3.Pemakaian Bengkung
Pemakaian bengkung untuk selepas bersalin secara pembedahan adalah untuk “memegang” perut ibu agar tidak membuai. Selepas dibedah, setiap kali kita berjalan, perut akan membuai dan mengakibatkan luka atas dan luka bawah bergesel. Lalu mommy akan rasa perit kat tempat luka.
Oleh itu, pemakaian tummy wrapping atau bengkung czer ini juga cepat mengempiskan perut ibu. Kesannya, 3 kali ceaser perut tak memboyak dan membuncit kehadapan. Kesian kadang-kadang tengok ibu selepas czer yang tak dibenarkan berbengkung. Bila anak dah besar, mereka turut mengalami masalah perut mengembang.
4.Pakai stoking sepanjang masa
Stoking perlu di pakai sepanjang masa. Hanya dibuka ketika mahu masuk ke tandas dan semasa mandi.
5.Ambil makanan yang seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan nutrisi yang seimbang. Untuk kesihatan tubuh dan juga untuk bekalan kepada si bayi.
Dari mana kita boleh dapat nutrisi lengkap tu? Tentulah dari pemakanan semasa berpantang. Walau berpantang, pastikan kita mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ia menjadikan kita lebih bertenaga, tidak pucat, pengeluaran susu lebih meriah dan juga bantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
6.Minum air putih 2-3L sehari
Walau dalam pantang, perlu minum air putih dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 2-3L sehari.
Minumlah dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan kerap. Air sangat penting jika anda menyusu bayi. Jika tidak cukup air, dari manakah susu hendak ada dengan meriahnya? Dalam pantang, di galakkan untuk minum air suam.
7.Elakkan melakukan aktiviti lasak dan berat
Orang dahulu kata, Jangan pegang penyapu. Jangan jalan laju-laju dan jalan kena kepit. Sebenarnya, bukan tidak boleh, tetapi dalam pantang ni kita kena berhati-hati dengan pergerakan kita. Takut ibu jari kaki terlanggar apa-apa.
Nanti boleh kena bentan. Selain itu, elakkan dari mengangkat benda berat. Rahim kita baru lepas melakukan kerja berat dan peranakan baru sahaja lepas di angkat.Dikuatiri takut rahim jatuh kembali atau jahitan bersalin terbuka semula.Selepas itu, sapu minyak panas dan pakai kembali stoking anda. Ini untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin.
~ Selamat Berpantang & Selamat Mencuba Mommy ~
Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”