Antara Doa / Surah yang Mommy Boleh Amalkan Ketika Mengandung

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

himpunan doa ketika mengandung

Antara Doa / Surah yang Mommy Boleh Amalkan Ketika Mengandung

Seperti yang mommy tahu, pandangan ulama telah mengatakan, tidak ada dalam syariat yang jelas menunjukkan terdapat doa atau surah tertentu untuk ibu hamil agar kandungannya menjadi anak yang bijak, cantik, atau tampan. Hal Ini kerana Al-Quran secara keseluruhannya adalah berkat dan penuh dengan pengajaran.

Namun bukan kesalahan bagi seseorang wanita yang hamil untuk sentiasa membaca Al-Quran atau mendengarkannya. Hai ini kerana, melalui penelitian saintifik, telah dibuktikan bahawa terdapat irama atau suara dari luar yang mampu  mempengaruhi janin. Apabila suara yang didengar adalah suara orang yang membaca Al-Quran, diharapkan keberkatan dan kebaikannya akan memberi manfaat terhadap ibu dan kandungan tersebut supaya mereka berasa lebih dekat dengan Allah dan sekaligus sentiasa memohon perlindungan kepada-Nya. Insya Allah…                                          

himpunan doa ketika mengandung

Antara surah yang boleh mommy amalkan ialah :

  1. Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Maksudnya: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  1. Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21

 لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”
  1. Surah Ibrahim AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

 “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
  1. Surah Al-Furqan AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

 “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
  1. Surah As-Saffaat AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

  1. Surah Al-Imran AYAT 173

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“…Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.

       7.Surah Al-Anfal AYAT 40

فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ

“…Maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.”

Oleh itu, Jom mommy kita sama-sama amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya urusan mommy. Insya Allah,  Amin.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice