Potty Train? Mommy dah bersedia untuk mengajar Si Manja pergi ke toilet?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Cara potty train si manja

Potty Train? Mommy dah bersedia untuk mengajar Si Manja pergi ke toilet?

Cara potty train si manja

Apakah tujuan “Potty Train”?

Potty Train bertujuan melatih si manja pergi ke tandas dengan mengajar mereka bagaimana mengenali situasi bahawa mereka merasa tanda2 di badan mereka hendak menggunakan tandas.

Selain itu, melatih si manja pergi ke toilet juga adalah kemahiran penting yang dapat mengembangkan lagi kebebasan anak anda dan meningkatkan keyakinan mereka.

Bilakah masanya ?

Pada umumnya, si manja yang berumur 2 Tahun kebawah masih tidak bersedia untuk berlatih menggunakan tandas. Namun, sesetengah kanak-kanak berumur 3 tahun 6 bulan sudah bersedia untuk dilatih menggunakan tandas.

Peringatan kepada mommy, jangan sesekali memaksa si manja untuk “potty train” tapi mommy perlu banyak bersabar ya.

Adakah Si Manja dah Bersedia?

Tahukah mommy sebelum “potty train”, Mommy perlu membiasakan si manja untuk menggunakan tandas. Biarkan sentiasa si manja datang bersama ke bilik mandi dan tunjukkan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang besar.

Hal ini kerana, kebanyakan kanak-kanak teruja untuk mempelajari etika bilik mandi. Tunjukkan kepada mereka bagaimana pembersihan tandas berfungsi dan cara mencuci tangan mereka. Mommy juga perlu cari tanda-tanda si manja sudah bersedia seperti mereka memberitahu mommy ketika mereka mahu kencing, meminta mommy menggunakan potty, dan memeberitahu mereka bahawa lampin sangat kotor jika digunakan.

Cara potty train si manja

Bilakah masa yang sesuai ?

Hujung minggu adalah masa paling sesuai untuk mommy melatih si manja menggunakan tandas. Hal ini kerana ibu bapa yang bekerja hanya mempunyai sabtu dan ahad sahaja masa bersama keluarga.

Oleh itu, mommy perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menghabiskan banyak masa dengan si manja. Bersenang-senang dengan mereka ya mommy. Sekiranya mommy tidak dapat menghabiskan masa, mommy boleh berbincang dengan pihak penjagaan si manja dan minta mereka membantu mommy dalam mengajar anak ke tandas. Tapi, mommy jangan bagi 100% kepada mereka ya.

Antara Langkah-langkahnya adalah :

  1. Apabila si manja bangun pagi, mommy boleh menukar lampin dengan tidak memakai apa2 pun kepada si manja sama ada lampin atau pun seluar dalam. Hal ini untuk mengajar si manja mengetahui bila perlu ke tandas.
  2. Mommy juga boleh menggunakan kaedah memberi minuman kepada si manja dalam keadaan yang banyak. Hal ini kerana, mommy boleh melatih si manja pergi ke tandas dengan kekerapan mereka membuang air kecil.
  3. Mommy juga boleh menggunakan perkataan yang memujuk jika si manja menolak permintaan mommy seperti “ Jom adik kita pergi toilet pee bersama Pororo ( Cartoon yang si manja suka)”. Sila ajak Si Manja pergi ke toilet setiap 20 hingga 30 minit.

Selain itu, Mommy juga boleh mempengaruhi si manja dengan pergi shopping bersama mereka untuk membeli “panties train” dengan color yang mereka minat atau corak pilihan mereka. Mereka akan lebih teruja kerana mereka sudah dapat memakai seluar dalam seperti orang besar.

~ Selamat Mencuba ~

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice