Infant Carrier atau Car Seat? Ramai ibu bapa yang pening dalam membuat keputusan kerana kedua-duanya boleh dijadikan tempat duduk bayi didalam kereta untuk dibawa ke hospital atau kemana-mana sahaja. Kemungkinan hal ini juga boleh membuat ramai ibu bapa menjadi ‘stress’ untuk memilih sama ada car seat atau infant carrier.
Walau bagaimanapun, ada beberapa ciri yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan ini, berikut adalah cara untuk membuat pilihan yang mana sesuai dengan budget ibu bapa.
Apakah itu Infant Carrier?
Infant Carrier boleh digunakan untuk bayi newborn hingga 12 bulan, tetapi bergantung kepada ketinggian bahu bayi dan berat bayi. Infant Carrier juga hanya boleh digunakan pada posisi ‘Rear Facing’ sahaja. Malahan, ada sesetengah Infant Carrier yang boleh dipasang bersama stroller dengan menggunakan ‘adaptor’. Sesetengah ibu bapa juga mengatakan bahawa ‘Infant carrier’ sangat pratikal digunakan kerana mereka mudah memindahkan bayi mereka masuk dan keluar dari kereta tanpa mengganggu tidur bayi. Ibu bapa yang baru pertama kali, mungkin tidak menyedari betapa sukarnya bayi tidur pada usia awal bulan ini sehingga anda tidak mahu apa-apa yang mengganggu jadual tidur bayi.
Apakah itu Car Seat?
‘ Car Seat ’ juga dicadangkan untuk bayi baru lahir, tetapi ‘Car seat’ akan kekal di dalam kereta, tidak seperti ‘Infant Carrier’. ‘Car Seat’ sangat sesuai dari new born sehingga kanak-kanak berumur 4 atau sehingga 12 tahun. ‘Car Seat juga direka bentuk untuk menghadap ke depan (forward facing) dan menghadap ke belakang (rear facing). Ramai Ibu bapa mungkin lebih suka ‘Car Seat ’berbanding ‘Infant Carrier’ kerana boleh berlaku penjimatan di situ.
Kesimpulannya…
Kenapa perlu pilih Infant Carrier?
‘Infant Carrier’ dilengkapi dengan manfaat tertentu yang tidak dapat diabaikan dengan mudah. Pertama, seperti yang telah kita sebutkan, mereka cukup praktikal kerana mudah dikeluarkan dari kereta. Oleh kerana seorang anak tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta, ibu bapa boleh membawa infant carrier bersama mereka, sama ada sebagai pembawa atau mengubahnya menjadi ‘car seat’ untuk menjalankan tugas, mengejar rakan di kedai kopi atau hanya keluar dari rumah, tanpa membangunkan bayi mereka.
Namun, keluarga yang mempunyai dua kereta, penyelesaian praktikal adalah dengan meletakkan infant Carrier di dalam kereta yang paling kerap digunakan untuk bayi, dan memasang car seat yang boleh ditukar di kereta kedua. Dengan cara itu kedua ibu bapa bersedia untuk membawa bayi mereka yang baru lahir.
Kedua, jika ibu bapa membeli infant carrier dan car seat akan terbukti sangat berguna bagi ibu bapa yang ingin mempunyai lebih banyak anak. Sebaik sahaja yang anak lebih tua membesar anda boleh menukarnya ke car seat dan oleh itu, anda mempunyai infant carrier yang percuma untuk bayi baru lahir tanpa membelinya semula.
Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
[ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]