??. ??????????
Faktor keselesaan perlu diberi keutamaan. Walau secantik mana pun baju yang di pilih untuk baby, apa yang paling penting ialah kita harus fikirkan adakah baby akan selesa dengan baju tersebut? Jadi, perhatikan rekaan pakaian tersebut. Pastikan pakaian tersebut longgar (tidak terlalu ketat), fabric lembut (bagi mengelakkan rasa gatal) dan bukaan leher yang selesa (tidak sempit). Faktor musim juga harus dititik beratkan juga agar baby selesa iaitu tidak kepanasan atau kesejukan.
??. ?????
Mudah tu maksudnya di sini ialah pastikan baju yang dibeli mudah untuk dibuka atau dipakaikan kepada baby. Sebab kita perlu kerap menukar lampin, jadi ciri-ciri pakaian yang lebih mudah serta praktikal sangat digalakkan dalam memberikan keselesaan kepada baby sekali gus turut memudahkan diri sang ibu jugak.
??. ?????????? ????
Pastikan pakaian yang bakal dibeli tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk baby. Bagaimanapun, adalah digalakkan membeli pakaian yang saiznya satu tahap lebih besar berbanding umur bayi. Contohnya bagi bayi baru lahir berusia 0 hingga tiga bulan, kita boleh beli baju saiz tiga hingga enam bulan. Cara ini membolehkan baby memakai pakaian tersebut dalam jangka masa yang lebih lama. Boleh jimat kan.. dulu akak selalu buat camni hehe.. kalau nak beli saiz 0-3bulan tu takde masalah Cuma jgn le beli byk sgt. Sebab baby ni cepat membesar. Dulu akak dh terkena beberapa kali bila baju yg dibeli tak sempat nak pakai. Tgk2 dah senteng.. huhuu
??. ????? ??? ????????
Esp kalau baby girl mcm2 aksesori ada kan.. dari topi, stoking, skrf rambut, bootie n mitten.. byk yg fancy2.. kat baju plak ada mcm2 corak n material yg ditampal2.. Walau bagaimanapun, kita perlu menitik beratkan aspek keselamatan baby apabila menyarungkan sesuatu baju ke tubuhnya. Janganlah terlalu sarat dengan tampalan corak aksesori yang mungkin boleh mencederakannya sewaktu memakainya. Tambahan pula baby masih belum mampu mengawal pergerakan tangannya dengan baik. Jadi, bimbang pula sekiranya tangan atau jari-jemari halusnya itu tersangkut pada juntaian hiasan aksesori yang menghiasi rekaan pakaiannya itu.Kedai fizikal kami di:
SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)
PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)