7 RAHSIA MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU BAGI IBU BEKERJAYA

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

ANTARA TIPS MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU

7 RAHSIA MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU BAGI IBU BEKERJAYA

#7 RAHSIA HASILKAN LEBIH BANYAK SUSU BAGI IBU BEKERJAYA

Bagi ibu berkerjaya, penghasilan susu yang konsisten adalah penting untuk dirinya. Setiap hari, ibu berusaha keras menghasilkan bekalan yang mencukupi untuk buah hati kesayangannya. Apabila hasil perahan tidak lumayan seperti biasa, hati mula bimbang. #7 rahsia menghasilkan lebih banyak susu adalah seperti berikut.

#1 Perhatikan cara penyusuan.

* Betulkan posisi dan lekapan sekiranya bayi tidak melekap dengan betul. Ia penting bagi mengeluarkan susu dengan efisien. Mungkin ini sahaja yang perlu dibetulkan oleh ibu bagi mengembalikan samula aliran susunya.

* Sekiranya bayi nampak sukar melekap dengan betul, perhatikan mulutnya. Mampukah lidahnya keluar melebihi gusi bawahnya?

* Ada ataupun tidak satu membran yang menyambungkan lidah bayi dengan bawah mulut yang menghalang pergerakan lidahnya? Sekiranya ada, mungkin bayi mempunyai lidah pendek ataupun tongue tie.

* Temui pakar laktasi ataupun pakar kanak-kanak yang berpengetahuan luas dalam penyusuan bagi mendapatkan kepastian.

* Tongue tie dapat disembuhkan dengan memotong membran itu. Ia satu prosedur mudah dan dapat dilakukan di klinik oleh doktor yang biasa melakukannya.

#2 Menyusu dengan lebih kerap.

*Tidak menyusukan anak dengan kerap adalah satu daripada punca utama penghasilan susu berkurangan.

*Jangan sekali-kali culas menyusukan bayi apabila mereka menunjukkan tanda-tanda mahu meminum susu. Sebelahnya, jangan melebihi dua hingga tiga jam antara dua sesi penyusuan.

* Pada waktu malam pula, tempoh antara dua sesi penyusuan sebaik-baiknya tidak melebihi empat hingga lima jam.

* Jangan bimbang sekiranya bayi mahu minum dengan lebih kerap terutamanya pada hari-hari awal kelahirannya. Ini bermakna lebih isyarat akan dihantar kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu.

#3 Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan.

* Feedback inhibitor of lactation (FIL) adalah bahan perencat kepada penghasilan susu. Protein ini banyak terkumpul di dalam payudara yang penuh dan tidak dikosongkan.

*Justeru, pengeluaran susu dengan efektif daripada payudara begitu penting bagi memberi isyarat kepada badan supaya terus menghasilkan susu.

*Mengosongkan payudara selepas sesi penyusuan adalah satu cara yang berkeasn bagi menambahkan penghasilan susu.

* Sekiranya ibu memerah sebaik sahaja selesai penyusuan, memang tidak banyak susu yang berjaya diperah. Namun, badan mendapat isyarat ibu memerlukan lebih susu.

* Memerah selepas sejam sesi penyusuan dapat mengumpulkan lebih banyak susu.

*Ini kerana, penghasilan susu berada pada tahap tertinggi pada waktu itu.

*Apabila payudara dikosongkan kembali, proses penghasilan susu kembali tinggi.

*Secara keseluruhan, penghasilan susu semakin bertambah dalam jangka masa panjang.

*Ibu mungkin lebih bersemangat memerah susu kerana mendapat kuantiti yang lebih banyak setiap kali memerah.

TIPS MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU

#4 Mengurut payudara.

* Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara bagi menghasilkan susu.

* Cara mengurut payudara mungkin berbeza mengikut budaya dan kebiasaan seseorang ibu.

* Tidak salah mencubanya yang penting ibu selesa dan tidak mencederakan tisu payudara.

#5 Pemampatan payudara (Breat Compression)

* Cara ini dapat membantu mengeluarkan lebih susu semasa menyusukan anak ataupun memerah.

* Apabila hisapan bayi sudah perlahan ataupun tiada susu yang keluar semasa memerah, tekanan perlahan pada payudara dapat dilakukan.

*Biasanya, bayi menghisap dengan lebih laju dan menelan susu yang di keluarkan itu.

*Pancutan susu pula dapat dilihat semasa memerah.

*Teruskan tekanan ini sehingga bayi selesai menelan ataupun pancutan susu berhenti.

*Teknik ini dapat digunakan beberapa kali dalam satu sesi penyusuan ataupun memerah.

#6 Sentuhan dan tuaman suam.

* Sentuhan rangsangan pada puting ibu dapat menggalakan refleks ejeksi susu dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara.

*Tuaman panas pada payudara dapat melakukan perkara yang sama.

*Gunakan tuala basah yang suam bagi merangsang payudara sebelum menyusukan anak ataupun memerah.

* Penulis buku The Breastfeeding Mother’s Guide to Making More Milk mencadangkan, beras mentah dimasukkan ke dalam stoking bagi digunakan sebagai alat menuam. Apabila mahu menggunakannya, basahkan sedikit stoking itu dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat.

*Bentuk stoking yang sesuai dan suhunya yang suam dapat membantu ibu mengeluarkan lebih banyak susu.

#7 Berdoa dan bersedekah.

* Penghasilan susu ibu berkaitan dengan rezeki ibu. Di tangan Allah jua terletak punca segala rezeki. Berdoalah supaya Allah terus memberikan rezeki kepada ibu dalam bentuk penghasilan susu yang tidak putus-putus.

* Banyakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Mungkin tiada kajian saintifik yang mengaitkan bersedekah dengan peningkatan susu ibu, tetapi cukuplah kita dengan janji Allah melalui pesanan daripada Rasulullah,

“ Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati, dan segeralah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan hubungilah apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kami dengan sentiasa mengingati-Nya, dan banyakkanlah bersedekah secara bersembunyi ataupun terang -terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan, dan digantikan apa yang kamu termakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”

Hadith di rekodkan oleh Ibnu Majah

TIPS MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice