MOMMY TERTEKAN? STRATEGI #4R ATASI TEKANAN

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

MOMMY TERTEKAN? STRATEGI #4R ATASI TEKANAN

MOMMY TERTEKAN? STRATEGI #4R ATASI TEKANAN

Pakar psikologi menggariskan beberapa langkah asas bagi mengatasi tekanan. Strategi 4R ini dapat membantu ibu mencari langkah terbaik bagi mengatasi tekanan .

#1 Recreation (Rekreasi)

* Ibu perlu mencari masa untuk diri sendiri, makan makanan yang seimbang dan tidur dengan cukup. Jangan lupa melakukan senaman.

#2 Resolve (Cari punca tekanan terjadi)

* Setiap perkara yang terjadi pasti ada puncanya. Antara jalan penyelesaiannya adalah mencari punca sesuatu perkara yang terjadi dan mencari jalan keluar daripada permasalahan itu. Sekiranya tekanan ibu berpunca daripada masalah di taska contohnya, cari penyelesaian dengan berbincang bersama penjaga di taska. Begitu juga sekiranya masalah yang dihadapi ibu berpunca daripada majikan tidak faham keperluan memerah di pejabat, cuba berbincang dengan majikan.

#3 Revise (Ubah persepsi)

* Kadangkala, cabaran yang ibu rasakan terlalu besar sebenarnya kecil dan dapat diatasi. Ubah persepsi pada cabaran itu dan jadikan ia sebagai peluang bagi lebih berjaya. Contohnya, rakan sekerja tidak memahami mengapa ibu harus meninggalkan meja kerja setiap tiga hingga empat jam bagi memerah susu. Ubah persepsi ibu, jangan anggap ia sebagai masalah, tetapi jadikan ia sebagai peluang bagi menerangkan penyusuan ibu kepadaa rakan sekerja itu.

Strategi atasi tekanan bagi ibu

#4 Relax (Cari alternatif bagi mengatasi tekanan)

Ada beberapa cara alternatif bagi mengatasi tekanan, Seperti teknik pernafasan yang betul. Ia mudah dan dapat di lakukan di mana sahaja.

* Duduk ataupun baring dengan selesa.

* Letakkan tangan di atas perut.

* Tarik nafas melalui hidung dengan perlahan dengan kiraan empat. Tahan nafas selama satu hingga dua saat.

* Keluarkan nafas melalui mulut, juga dengan kiraan empat.

*Ulang kitaran itu beberapa kali. Ia berkesan apabila dilakukan sebanyak enam hingga 10 kali. Perut akan mengikut pergerakan pernafasan.

*Bagi umat islam, sekiranya sukar mencari masa melakukannya, zikir-zikir mudah dapat dilakukan di mana sahaja. Allah menyatakan dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud, “Ingatlah hanya dengan menginhati Allah hati menjadi tenteram.”

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice