Bayi kuning? #6 Petua ini yang perlu ibu elakkan!!!
#1 MENJEMUR BAYI
- Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin/tingkap etc) tidak boleh mengurangkan kuning bayi. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering(dehidrasi) atau kenaikan suhu bayi. Cahaya matahari yang terik selepas 9am juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa yang akan dating pada bayi.
#2 MEMBERI SUSU SELAIN SUSU IBU
- Memberi bayi susu lembu dan kambing, madu asli, air anggur, tebu hitam, serbuk mutiara, sengkuang cina kepada bayi akan menyebabkan penyakit usus. Hal ini kerana usus bayi di bawah umur 6 bulan masih belum lagi matang. Susu kambing mengandungi protein yang tinggi. Ini mungkin akan menyebabkan darah bayi berasid urik atau akan menyebabkan alahan.
#3 MEMBERI AIR MASAK / AIR RENDAMAN BERAS
- Tidak digalakkan kerana pemberian air yang berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mencetuskan serangan sawan.
#4 IBU HARUS KURANGKAN MAKAN UBAT JAMU
- Para ibu perlu cuba elakkan makan ubat jamu kerana sesetengah bahan akan menjejaskan kualiti susu ibu
#5 MEMANDIKAN BAYI DENGAN AIR BUNGA / AIR PERIA / AIR TEH
- Tidak akan dapat mengurangkan kuning bayi langsung.
#6 HENTIKAN SUSU IBU DENGAN ALASAN SUSU IBU PENYEBAB KUNING
- Penawar kepada Breastmilk Jaundice adalah SUSU IBU! Para ibu jangan hentikan penyusuan!
***Sepatutnya semua ibubapa kena tahu ilmu basic pasal penyakit baby kuning kerana ia mungkin dapat menyelamatkan masa depan mahupun nyawa cahaya mata sekalian.