fbpx

Bayi kuning? Ketahui punca penyakit kuning pada bayi!

#1 Susu ibu:

  • Ada beberapa kompaun di dalam susu yang menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan. Tetapi kekuningan jenis ini selalunya tidak terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya.

#2 Jenis darah berlainan di antara ibu dan anak:

  • Ini akan menyebabkan antibodi ibu menyerang sel darah merah bayi dan menyebabkan darah bayi pecah. Oleh sebab itu, anak kepada ibu yang berdarah O dan rhesus negative mudah mendapat penyakit ini kerana O adalah gene recessive, apabila suami mempunyai jenis darah yang berlainan. Jenis darah bayi akan mengikut belah si ayah.

#3 Jaundis fisiologi:

  • Kebanyakan bayi mengalami kuning bayi jenis ini disebabkan hati bayi belum lagi matang untung menguraikan kompaun bilirubin. Selalunya ia berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4

#4 Kurang menyusu:

  • Ia akan melambatkan sistem pencernaan apabila bilirubin dalam perut diserap kembali ke dalam aliran darah. Para ibu perlu peka terhadap kulit bayi jika si ibu mengalami masalah latching(melekapkan) bayi pada puting, susu lambat keluar, tak mencukupi dan sebagainya. Jika perlu, sila jumpa dengan pakar laktasi.

#5 Kekurangan enzim G6PD:

  • Ia merupakan penyakit genetik Chromosome X yang menyebabkan membran sel2 darah tak stabil lalu senang pecah. Ia adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya. Anak2 yang kekurangan enzim G6PD ini mudah mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah terutamanya apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu seperti antibiotik dan kacang perang.

#6 Masalah hormon (Thyroid):

  • Hormon tiroid memainkan peranan yang amat penting bagi bayi kerana ia di perlukan untuk tumbesaran fizikal bayi dan lebih penting lagi peranan dalam perkembangan. Oleh kerana urat saraf bayi berkembang dengan pesat nya dari lahir sehingga umur 12 tahun, maka kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan fungsi otak.

#7 Jangkitan bakteria:

  • Sesetengah jangkitan bakteria boleh menyebabkan bayi menjadi kuning.

***Risiko Kuning Bayi Adalah Tinggi Sekiranya:

  1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
  2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
  3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
  4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
  5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
  6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma.

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.