BAYI MABUK AIR MASAK ?

Pernah dengar tak istilah bayi mabuk air? Macam mana bayi boleh mabuk air?

 

Keadaan ini berlaku apabila anda memberikan bayi anda air masak secara berlebihan. Ini kerana bayi yang berusia 0-6 bulan belum sesuai untuk diberikan air masak. Ya air merupakan sumber yang terpenting untuk semua hidupan lebih-lebih lagi manusia. Namun tahukah anda menurut pakar kanak-kanak, Dr Alan Greene bagi bayi yang meminum susu ibu atau susu formula telah mendapat jumlah air yang mencukupi untuk kesihatan mereka. Bayi yang diberikan susu ibu sepenuhya sudah mendapat 88% kandungan air daripada susu ibu manakala bayi yang diberikan susu formula pula mendapat 80% air yang sudah mampu menghidratkan mereka. Tambahan pula ginjal bayi masih belum mampu menangani terlampau banyak cecair oleh sebab itu jika terdapatnya cecair berlebihan di dalam tubuh bayi ia boleh mengakibatkan bayi mengalami penyakit buah pinggang kerana buah pinggang bayi tidak boleh mengawal elektrolit dan natrium. Bayi mabuk air berlaku apabila mereka meminum air secara berlebihan sekitar 8 onz sehari. Selain buah pinggang ia juga boleh mengakibatkan bayi mengalami pembengkakan otak serta kematian.

 

5 tanda-tanda bayi anda mabuk air ialah:

  • Muntah
  • Mengantuk & Kelesuan
  • Peluh berlebihan & suhu badan rendah
  • Kencing secara berlebihan sehingga 6 ke 8 kali perlu menukar lampin
  • Muka bengkak & anggota tubuh lesu

Bilakah waktu yang sesuai untuk berikan anak anda air masak?

Anda dinasihatkan untuk memberi anak anda meminum air masak apabila usia mereka sudah mencecah 6 hingga 12 bulan.

Apabila anak anda sudah mencecah umur 6 bulan ke atas, anda sudah boleh mengajar anak untuk meminum air masak di dalam cawan bagi membiasakan diri mereka dengan sukatan  2oz setiap 24 jam sebagaimana yang telah disyorkan oleh pakar. Sebaiknya walaupun umur anak sudah mencecah umur 6 bulan ke atas jangan berikan air masak secara berlebihan  kerana ia boleh menganggu pengambilan susu bayi. Jika anak anda seorang yang aktif tingkatkan sedikit jumlah air yang diberikan. Apabila anak anda sudah mecapai usia 12 bulan ke atas,mereka akan kurang mengambil susu kerana mereka lebih suka makan. Pengambilan air pada usia ini juga akan meningkat dari semasa ke semasa kerana mereka kian aktif. Sekurang-kurangnya mereka memerlukan 1.3 liter air sehari iaitu bersamaan dengan 4.23 cawan. Anda juga boleh memberikan anak anda buah- buahan yang mempunyai banyak air seperti buah epal merah, anggur, tembikai dan lain-lain.

 

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]