Setiap wanita dilahirkan dengan jenis puting yang berbeza. Bentuk puting payudara antara seorang wanita dengan wanita yang lain adalah tidaklah sama. Ada yang rata, ada yang menonjol, ada pula yang masuk ke dalam.Terdapat beberapa keadaan pada puting dan payudara ibu yang mungkin boleh menyebabkan masalah pada penyusuan susu ibu. Sebelum kita mengetahiu lebih lanjut tentang jenis puting yang mempengaruhi penyusuan, jom kita kenali 8 jenis-jenis puting ibu.
1. Bentuk puting payudara penuh
Bentuk payudara ini tidak terlalu lebar, namun puting menonjol dengan sangat jelas. Puting akan semakin menonjol bahkan memanjang hingga 3 cm setelah mengalami rangsangan atau ketika sejuk.
2. Bentuk puting payudara mendatar
Puting mendatar atau rata mungkin boleh menyusahkan kita ketika menyusukan si kecil.
Namun, dengan rangsangan yang baik, puting rata juga boleh menonjol sehingga bayi boleh melakukan pelekatan, atau latching, untuk menyusu.
Lama kelamaan, dengan proses menyusu yang kerap, puting juga akan terkeluar dengan sendirinya untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi.
3. Puting mancung
Bentuk puting seperti ini mengikut graviti ketika anda tidur secara mengiring ke kanan dan ke kiri.
Ketika ibu tidak mengenakan bra, puting akan kelihatan menonjol dari sebalik baju. Bila dirangsang atau ketika cuaca sejuk, puting ini akan semakin menonjol.
4. Puting seperti pusar yang masuk ke dalam
Puting yang masuk ke dalam seperti ini turut boleh menimbulkan masalah ketika menyusu. Untuk bentuk puting payudara yang seperti ini, aliran susu mudah untuk mengalir ke dalam.
Namun, keadaan ini boleh diperbaiki dengan menggunakan breast pump dan bayi menghisap puting secara kerap untuk merangsang susu keluar.
Lama kelamaan, putingnya juga akan terkeluar.
5. Bentuk puting payudara yang asimetri
Untuk jenis ini, satu puting cenderung untuk menonjol keluar dan satu lagi masuk ke dalam.
Bentuk puting payudara seperti ini agak jarang berlaku. Jika keadaannya disertai dengan rasa sakit yang pelik, sebaiknya anda segera berjumpa doktor.
Ini kerana ia boleh menjadi gejala awal kanser payudara.
6. Bentuk puting payudara yang berbintik
Biasanya, puting jenis berbintik adalah disebabkan oleh lemak di area puting. Kadangkala, ia kelihatan seperti jerawat.
Namun, bentuknya yang berbintik sama sekali tidak berbahaya, baik untuk ibu mahupun untuk bayi.
7. Puting yang berambut
Puting jenis ini biasanya ada di tubuh lelaki, dan jarang ada di tubuh wanita. Namun, puting payudara ibu juga masih boleh mempunyai beberapa helai rambut di sekelilingnya.
Meskipun ia kelihatan seperti mengganggu, tetapi kita tidak disarankan untuk mencukurnya. Jika rambut di puting dirasakan seperti mengganggu aktiviti menyusu, gunting saja.
Namun, jangan dicukur sampai habis ya. Ia boleh menyebabkan kulit di area puting mengalami keradangan.
8. Puting payudara tambahan
Puting ini adalah puting yang tidak berada di payudara namun ada di anggota tubuh lain. Puting ini boleh menghasilkan susu badan dan akan mengeras apabila dirangsang, seperti puting biasa.
Namun, puting tambahan ini sama seperti tahi lalat yang tidak boleh dihilangkan dan tetap akan ada.
Sekarang, mari kita kenali puting yang seringkali mempengaruhi penyusuan bayi:
- Puting leper & tidak regang
- Puting panjang atau besar
- Puting tenggelam
Jangan tunggu lepas bersalin baru nak tengok jenis puting. Sewaktu mengandung lagi adalah masa terbaik bagi ibu memulakan rawatan, demi memastikan anak dapat menyusu dengan berjaya.
Jenis Puting Payudara Leper & Tidak Regang
Pengendaliannya ialah:
- Puting boleh bertukar bentuk semasa mengandung dan menjadi keregangan atau strectchy.
- Tidak perlu membuat diagnosa atau rawatan semasa mengandung
- Tidak disyorkan menggunakan breast shells atau senaman tertentu semasa mengandung
- Bina keyakinan diri seawal dari kelahiran
- Keregangan puting lebih penting dari bentuk puting
- Keregangan bertambah baik semasa mengandung dan seminggu selepas kelahiran
- Walaupun puting ibu kelihatan leper di awal mengandung, bayi masih boleh menyusu tanpa masalah
- Elakkan penggunaan puting tiruan dan piring puting. Pelekapan yang betul dapat membantu dalam penyusuan
Jenis Puting Payudara Panjang atau Besar
Pengendaliannya ialah:
- Puting yang panjang atau besar akan menyebabkan kesukaran kerana bayi tidak dapat melekap dengan sempurna
- Dapatkan bantuan dalam posisi dan pelekapan yang betul supaya bayi dapat melekap pada payudara, BUKAN pada puting
- Bayi mungkin hanya menghisap pada puting sahaja (tidak dapat melekap pada saluran susu). Adalah penting untuk ibu mendapatkan bantuan bagi membetulkan teknik penyusuannya.
- Sekiranya bayi masih gagal menghisap dengan cera yang berkesan, ibu perlu memerah susu dan berikan menggunakan cawan, sehingga bayi besar sedikit dan dapat menghisap puting ibu.
Jenis Puting Payudara Tenggelam
Pengendaliannya ialah:
- Kaedah picagari bagi puting jenis tenggelam.
- Kebiasaannya puting tenggelam tiada memberi masalah dalam penyusuan.
- Bayi melekap di payudara dan bukan di puting.
- Sekiranya ibu dapati puting ibu tenggelam, yakinkan diri yang anda juga mampu menyusukan bayi.
- Dapatkan bantuan praktikal semasa dalam bilik bersalin lagi seperti sentuhan kulit ke kulit, menggalakkan bayi mencari sendiri payudara dan bantu bayi melekap dengan posisi yang betul adalah lebih baik.