Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, menyusukan bayi turut memberi kebaikan kepada si ibu.Menerusi kajian yang dilakukan oleh pakar nutrien dan pemakanan dari Amerika Syarikat, Erica Gunderson, proses penyusuan yang dilakukan oleh si ibu mampu mengurangkan risiko serangan diabetes sehingga 50 peratus.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita yang menyusukan anaknya selama enam bulan atau lebih mengalami penurunan risiko diserang diabetes sebanyak 47 peratus berbanding mereka yang tidak menyusukan.

“Sementara itu, wanita yang menyusukan anaknya kurang daripada enam bulan berisiko 70 peratus diserang diabetes,” jelasnya.

Jelas Gunderson lagi, penurunan risiko diserang diabetes itu berpunca daripada pelepasan beberapa hormon di pankreas yang mengendalikan kadar insulin dan gula dalam darah.

Biarpun begitu, penurunan risiko diserang diabetes tidak bergantung sepenuhnya terhadap tempoh penyusuan memandangkan faktor keturunan, bangsa, amalan gaya hidup dan kadar metabolisme badan juga memainkan peranan penting.