Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Cara Membersihkannya

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Cara Membersihkannya

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Cara Membersihkannya

Ibu-ibu pasti perasan lidah bayi akan meninggalkan kesan putih selepas menyusu! Ianya terjadi kerana sisa-sisa susu yang sepatutnya kita bersihkan. Kalau dibiarkan, mulut bayi anda akan berkerak putih dan akan meninggalkan bau masam. Ia akan mengudang jangkitan kulat yang dikenali sebagai candida albicans. Kami akan kongsikan cara untuk membersihkan lidah bayi anda.

  1. Sediakan peralatan secukupnya

– Sediakan peralatan seperti berus gigi khusus untuk bayi atau boleh juga menggunakan kain lampin bayi yang bersih. Sediakan juga sedikit air bersih. Pastikan ibu menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu.

  1. Bersihkan lidah bayi

– Pangku bayi anda dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, masukkan jari yang dibaluti kain lampin tadi ke dalam mulut bayi yang mempunyai bekas sisa susu.

– Tekan lembut lidah bayi, Tarik kearah luar secara perlahan-lahan. Ulangi Langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukanya. Beri masa kepada bayi supaya mereka tidak mengangis. Boleh juga bercakap dengan bayi pada masa ini. Jangan masukkan jari terlalu dalam kerana bayi boleh termuntah.

  1. Bersihkan gigi bayi

– Jika bayi sudah mempunyai gigi, ibu seharusnya membersihkan giginya. Gantikan kain tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih, bersihkan gigi bayi secara perlahan-lahan.  Mulakan dari bahagian luar kemudian bahagian atas diikuti dengan bahagian belakang.

  1. Bersihkan gusi bayi

– Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Kemudian, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.

  1. Ulangi rutin membersih setiap hari

– Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini tetapi ia seharusnya dijadikan rutin setiap hari supaya mulut bayi anda tidak meninggalkan kesan putih lagi.

– Selain itu, ibu-ibu perlu diingatkan supaya tidak terlalu memaksa nanti bayi anda akan mogok untuk buka mulut.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice