Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Punca Di Sebaliknya!!!
Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Ibu-ibu jangan biarkan mulut bayi berkerak putih!!! Ketahui punca dan simptom jangkitan kulat pada mulut bayi.
- Kandidiasis mulut (jangkitan kulat) berlaku disebabkan pertumbuhan yis yang dikenali sebagai Candida albicans secara berlebihan.
Sememangnya dalam keadaan biasa, kebanyakan individu termasuk bayi, secara semula jadi akan mempunyai kulat ini dalam jumlah yang kecil dan dianggap sebagai pertumbuhan normal.
Ia akan berada pada bahagian mulut, pencernaan dan kulit serta dikawal oleh sistem imun sihat dan bakteria baik di dalam tubuh.
- Ada kalanya, masalah sistem imun yang lemah disebabkan penyakit atau pengambilan ubatan tertentu seperti kortikosteroid atau antibiotik boleh mengganggu keseimbangannya. Ini boleh menyebabkan kulat membiak di luar kawalan. Itulah puncanya jangkitan kulat terjadi.
- Selain itu, tahap daya ketahanan tubuh bayi yang masih tidak berkembang sepenuhnya, turut boleh mengakibatkan berlakunya jangkitan.
***Punca jangkitan lain yang membuatkan mulut bayi putih
Pertumbuhan kulat Candida yang berlebihan juga boleh mengakibatkan wujudnya masalah ruam lampin dan jangkitan yis faraj.
Bayi mempunyai risiko untuk mengalami kandidiasis mulut dan ruam lampin dalam masa yang sama.
- Tekanan juga boleh menjadi punca kepada jangkitan ini. Bahkan, beberapa masalah kesihatan seperti diabetes tidak terkawal, jangkitan HIV dan kanser turut boleh menjadi puncanya.
- Sekiranya anda seorang perokok atau memakai gigi palsu yang tidak sesuai dengan keadaan mulut, ia juga boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami jangkitan kulat ini.
*** Bayi juga boleh menyebarkan jangkitan kepada ibu mereka ketika sesi penyusuan badan!!!
SIMPTOM KERAK SUSU PADA MULUT BAYI
Jangkitan yang kerap berlaku kepada bayi di bawah usia 6 bulan ini boleh dikenal pasti dengan wujudnya tompok-tompok putih.
Pun begitu, bagi sesetengah bayi, tompokan putih itu mungkin kerana sisa susu yang tertinggal pada lidah setelah sesi penyusuan, membuatkan mulut bayi putih. Tetapi umumnya, ia akan larut dalam tempoh masa 1 jam.
Bayi dengan kandidiasis mulut akan mengalami kulit merekah pada bahagian tepi mulut atau tompokan putih di bibir, lidah, atau dalam pipi yang kelihatan seperti keju kotej dan tidak boleh dilap (disingkirkan).