Ruam Bayi? Apakah Rawatan Yang Sesuai Untuk Menghilangkan Ruam?

Kadangkala, saya akan berjumpa dengan ibu bapa yang betul-betul bimbang mengenai jenis ruam bayi yang muncul pada kulit bayi mereka. Walaubagaimanapun, kebanyakan ruam yang muncul pada kulit bayi yang baru dilahirkan tidaklah berbahaya.

Secara umumnya, anda patut tahu rawatan yang sesuai untuk menghilangkan atau mengurangkan ruam pada bayi anda.

#1 CRADLE CAP

  • Tiada rawatan khas yang diperlukan.
  • Akan sembuh apabila bayi membesar.
  • Basuh kepala bayi dengan syampu yang ringan sudah mencukupi.
  • Kalau cradle cap berlarutan, patut berjumpa dengan doktor.
  • Syampu kulat boleh digunakan untuk kes cradle cap yang agak teruk.

#2 ECZEMA

  • Mandikan bayi dengan air suam.
  • Jangan mandikan bayi terlalu lama.
  • Keringkan badan bayi dengan menepuk tuala tanpa menggosok kulit bayu.
  • Kerap menyapu krim pelembap (3-4 jam sekali) pada kulit yang kering dan merah.
  • Gunakan sabun dan syampu yang ringan.
  • Kalau ruam menjadi lebih teruk, sila rujuk doctor yang berhampiran dengan anda.
  • Krim steroid yang ringan boleh digunakan untuk kes-kes ekzema.

#3 GIGITAN UPEH

  • Tiada rawatan khas yang diperlukan.
  • 95% bayi yang ada ruam tersebut akan pudar apabila bayi membesar.
  • Kadangkala mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.
  • Sekiranya sudah bertahun tapi ruam masih kekal, rawatan laser mungkin boleh dipertimbangkan.

#4 HFMD

  • Kebanyakan kes HFMD akan sembuh secara semulajadi selepas 2 minggu.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
  • Ubat demam seperti panadol/uphamol boleh digunakan untuk melegakan demam.
  • Tapak tangan dan kaki disapu dengan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan.
  • Krim lampin boleh digunakan untuk ruam di bahagian punggung.
  • Makan makanan yang sejuk untuk mengurangkan sakit ulser di mulut.
  • Sapu gel ulser jikalau perlu.
  • Jumpa doktor dengan segera jika demam berlarutan lebih 48 jam ataupun selera makan bayi semakin berkurang.

#5 HIVES

  • Tiada rawatan yang khas diperlukan untuk kebanyakan hives.
  • Ruam tersebut akan lenyap lebih kurang dalam masa 48 jam.
  • Cuba kenalpasti ejen pencetus hives.
  • Elakkan bayi daripada terdedah kepada ejen pencetus tersebut.
  • Ubat tahan gatal seperti Zyrtec boleh digunakan untuk kanak-kanak lebih 2 tahun.
  • Losyen calamine boleh disapu untuk mengurangkan kegatalan bayi.
  • Jikalau bayi diiringi sesak nafas atau nampak lemah, sila rujuk pada doktor dengan serta merta.

#6 JERAWAT NEONATAL

  • Tiada rawatan khas yang perlukan untuk ruam ini.
  • Tidak perlu meletakkan apa-apa krim ruam bayi.
  • Ambil pendekatan tunggu dan lihat.
  • Pastikan ruam di muka bayi dicuci dengan air bersih setiap hari.
  • Biasanya ruam tersebut akan hilang dalam beberapa minggu.

#7 KULAT

  • Untuk merawat kulat, ubat kulat diperlukan.
  • Rawatan semulajadi seperti menggunakan minyak olive tidak berkesan.
  • Untuk kes yang ringan, masa rawatan mengambil masa 2-3 minggu.
  • Kes kulat yang lebih teruk boleh mengambil masa sehingga 6 minggu.
  • Walaupun ubat kulat boleh dibeli dari farmasi, ini tidak dicadangkan untuk bayi.
  • Kenalpasti ruam tersebut dengan doktor dahulu sebelum memulakan rawatan.
  • Ubat kulat kalau disapu pada ruam lain boleh menyebabkan kulit bayi merasa perit dan sakit.

#8 KULIT AYAM

  • Gunakan krim ruam bayi yang sesuai untuk mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mandi dengan air yang suam.
  • Jangan mandikan bayi terlalu lama.
  • Gunakan sabun yang ringan dan tidak mengeringkan kulit bayi.
  • Letakkan humidifier udara dalam rumah supaya kelembapan udara dalam rumah anda tinggi.

#9 MILIA

  • Tiada rawatan yang diperlukan untuk ruam jenis ini.
  • Apabila bayi matang, kelenjar minyak akan membesar.
  • Minyak tersebut akan kembali ke tempat asalnya.
  • Biasanya akan hilang dalam beberapa minggu.

#10 RUAM LAMPIN

  • Menggunakan lampin yang lebih berkualiti, dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi.
  • Tukar lampin serta merta setelah bayi berkumuh.
  • Cuci dengan air sejuk apabila membersihkan punggung bayi.
  • Elak menggunakan kain lap bayi.
  • Jika boleh, biarkan bayi bebas lampin untuk mempercepatkan persembuhan.
  • Sapu krim lampin pada ruam lampin setiap kali lampin ditukarkan.

#11 RUAM PANAS

  • Pakai pakaian yang lebih ringan semasa cuaca panas.
  • Gunakan kipas angin atau penghawa dingin untuk merendahkan suhu bilik.
  • Gunakan air suam semasa mandikan bayi.
  • Belikan pakaian bayi yang boleh menyerap peluh.
  • Ruam panas bayi biasanya akan hilang dalam beberapa hari.
  • Calamine losyen boleh membantu mengurangkan kegatalan.

#12 TOKSIKUM ERITEMA

  • Tiada rawatan khas yang diperlukan untuk ruam jenis ini.
  • Ruam tersebut akan lenyap dalam masa beberapa minggu.
  • Kalau bayi didapati demam, sila rujuk doktor terdekat dengan anda serta merta.

#13 TOMPOK MONGOLIAN

  • Tiada rawatan khas yang diperlukan.
  • Ruam biasanya akan pudar apabila bayi membesar (tingkat persekolahan).
  • Tompok Mongolion tidak merbahaya dan ia tiada kaitan dengan penyakit genetic ataupun kanser.

***Dapatkan segera Skeenz Natural Baby Balm di setiap cawangan kami yang berhampiran dengan anda.

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.