Ruam Bayi di Kepala? Ketahui Punca/Tanda Ruam Pada Bayi.
#1 CRADLE CAP
- Kebiasaanya, masalah cradle cap ini dijumpai di atas kepala bayi.
- Ia berlaku pada bayi yang berumur lebih kurang 3 bulan ke atas.
- Akan tetapi, bayi yang lebih tua juga berpotensi mendapat cradle cap.
- Istilah cradle cap berasal daripada perkataan minyak.
- Selain kulit kepala, ia boleh mejejaskan kelopak mata dan hidung bayi.
- Ia disebabkan oleh proses minyak yang berlebih dalam kulit kepala bayi.
- Tidak berjangkit dengan orang lain.
- Boleh dikatakan sebagai kelemumur bayi.
#2 ECZEMA
- Dikenali sebagai alahan kulit.
- Agak biasa dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya apabila sejarah keluarga bayi yang ada latar belakang asma.
- Ruam bayi ini kerap muncul pada bayi sebelum umur 5 tahun.
- Hampir 20% bayi dan budak kecil mengalami eksema.
- Ruam pada pipi bayi akan merah dan permukaannya yang kering.
- Bayi akan berasa sangat gatal dan akan cuba menggarunya.
- Kulit bayi boleh menjadi radang apabila terlebih garu.
- Kebiasaanya ekzema dijumpai di bahagian kepala bayi.
- Ia juga boleh dijumpai di celah celah leher, tangan dan juga kaki bayi.
#3 GIGITAN UPEH
- Gigitan upeh atau dikenali sebagai stork bite dalam bahasa Inggeris. Ia adalah sejenis tanda lahir.
- Disebabkan oleh kecacatan formasi salur darah di dalam kulit bayi.
- Penyakit ini tidak membimbangkan.
- Umumnya formasi ini dilihat pada muka, kelopak mata ataupun leher belakang bayi.
- Lebih prominen jikalau bayi menangis.
- Ini adalah kerana peningkatan saluran darah ke arah kawasan tersebut.
#4 HFMD
- HFMD, ataupun dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut.
- Disebabkan oleh kuman virus.
- Ia merebak melalui air liur, lendir hidung, cecair dari lepuh dan najis bayi.
- Ia akan cepat berjangkit pada minggu pertama bayi mengalami ruam ini.
- Bayi akan lebih senang dijangkiti HFMD.
- Kadangkala diikuti oleh demam pada hari pertama dan kedua.
#5 HIVES
- Kalau terjemahkan hives kepada bahasa Melayu, pelik juga dipanggil sarang.
- Jadi kita gunakan hives sahaja sebagai rujukan. [sociallocker]
- Seperti ekzema, hives terdiri daripada sejenis alahan kulit pada bayi.
- Ruamnya agak besar dan kemerah-merahan.
- Akan timbul dalam pelbagai jenis saiz.
- Disebabkan oleh faktor pemakanan, ubat, cuaca, gigitan serangga, debunga dan sebagainya.
- Bayi mungkin akan berasa gatal tetapi tidak sakit.
#6 JERAWAT NEONATAL
- Anda patut hairan kenapa ruam pipi bayi yang baru lahir kelihatan seperti jerawat?
- Ianya terjadi apabila bayi berada dalam kandungan ibu dan bayi tersebut berkongsi darah dengan ibunya.
- Sehubungan dengan itu, hormon ibu akan berada di dalam darah bayi si kecil juga.
- Kebiasaanya ruam ini berada di bahagian dahi dan pipi bayi.
#7 KULAT
- Ruam ini sangat jarang untuk menyerang seorang bayi.
- Melainkan anda ada binatang peliharaan di rumah seperti kucing, hamster, anjing dan lain-lain.
- Kulat berjangkit melalui sentuhan.
- Ruam ini akan kelihatab seperti tompok merah dan bersisik pada bayi.
- Biasanya akan dikelilingi oleh bentuk cincin yang merah.
- Bahagian tengah ruam kulat akan lebih pudar.
- Bayi akan merasa sangat gatal.
#8 KULIT AYAM
- Dikenali sebagai keratosis pilaris.
- Mengapakan ia dipanggil kulit ayam? Ianya kerana permukaan kulit seiras dengan kulit ayam (tanpa bulu).
- Jenis ruam bayi ini kadangkala boleh meninggalkan kesan gatal tetapi tidaklah sakit.
- Dijumpai di bahagian lengan, punggung dan paha bayi.
- Boleh dijumpai di bahagian muka juga tetapi jarang sama sekali.
- Disebabkan oleh pengumpalan keratin (sejenis protin) di bawah kulit bayi.
- Keratin tersebut menyumbat liang bulu roma.
- Kulit bayi yang kering lebih senang terkena ruam jenis ini.
#9 MILIA
- Salah satu jenis ruam bayi yang biasa ditanya oleh ibu bapa.
- “Mengapa timbul bintik-bintik putih di wajah bayi saya?”.
- Tahu kenapa? Gumpalan putih kecil yang muncul di wajah bayi adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersekat dalam kulit bayi anda.
- Ruam ini tidak gatal atau sakit, malah bayi tidak akan terasa apa-apa pun.
#10 RUAM LAMPIN
- Ruam lampin ialah sejenis ruam yang sangat biasa berlaku kepada bayi.
- Disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan terhadap bahan kumuh.
- Bahan kumuh terutamanya campuran najis dan kencing.
- Lampin yang berkualiti rendah boleh mengakibatkan ruam lampin juga.
- Ini adalah kerana geseran berulangan antara lampin kualiti rendah dengan kulit bayi.
- Ruam lampin biasanya kelihatan di bahagian sentuhan antara kulit bayi dengan lampin.
#11 RUAM PANAS
- Ruam panas bayi berlaku apabila kelenjar peluh di dalam kulit si bayi tersumbat.
- Apabila ini terjadi, kulit bayi tidak mampu untuk mengeluarkan peluh tersebut.
- Lebih kerap terjadi semasa cuaca atau musim panas.
- Pakaian bayi yang terlampau tebal boleh menyebabkan ruam panas.
- Kelenjar peluh bayi belum matang lagi.
- Penyapuan losyen atau krim yang terlampau tebal pada kulit bayi.
- Ruam kebiasaannya di bahagian leher, kelengkang dan ketiak bayi.
#12 TOKSIKUM ERITEMA
- Walaupun nama ruam ni ada perkataan toksik, sebenarnya ruam toksikum eritema adalah tidak berbahaya.
- Kelihatan pada bayi-bayi yang lahir cukup bulan.
- Ruam akan tumbuh beberapa hari selepas kelahiran bayi.
- Boleh dijumpai di muka, dada, tangan dan kaki tapi jarang di telapak tangan atau kaki.
- Warnanya merah dengan cecair di tengah ruam tersebut.
- Seperti nanah tetapi sebenarnya bukan.
- Bayi tidak akan rasa sakit ataupun gatal.
#13 TOMPOK MONGOLIAN
- Ruam ini agak ketara sekali apabila dibandingkan dengan ruam-ruam jenis lain.
- Ini adalah kerana tompok Mongolian berwarna biru keungguan.
- Bayi tidak akan merasa gatal atau sakit.
- Kelihatan seperti lebam pada kulit bayi.
- Akan tetapi tekstur kulit adalah normal.
- Bayi yang berkulit gelap keturunan Asian, Afrikan atau India Timur lebih senang untuk mendapatinya.
- Ia disebabkan oleh pigmen kulit yang tidak sempat mencampai permukaan kulit bayi semasa pembentukan kulit.
***Dapatkan segera Skeenz Natural Baby Balm di setiap cawangan kami yang berhampiran dengan anda.