Mengenal Corak Tidur Bayi & Kenapa Bayi Menangis

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Mengenal Corak Tidur Bayi & Kenapa Bayi Menangis

Bayi yang baru lahir menghabiskan kebanyakan masanya dengan tidur. Namun, apabila dia semakin membesar, dia dapat menentukan corak tidurnya secara tetap. Melainkan bayi anda berasa lapar, sejuk atau tidak selesa, dia akan menghabiskan masa di antara waktu penyusuannya dengan tidur. Ini mungkin mengambil masa selama 22 jam dalam satu hari. Namun, setiap bayi mempunyai corak tidu yang berbeza dan sesetengah bayi yang baru lahir akan terjaga pada tempoh yang lebih lama dan tidak akan meragam.

Walaupun bayi anda akan mempunyai corak tidurnya yang tersendiri, adalah penting untuk anda membantu bayi agar dapat membezakan antara siang dan malam; dengan menggunakan lampu malap di dalam bilik ketika bayi sedang tidur.
Cuba tidurkan bayi anda pada masa yang sama pada setiap hari. Ini dapat membantu bayi menyesuaikan dirinya dengan rutin yang tetap dan lambat laun bayi anda akan terjaga dari tidur pada waktu yang sama setiap hari. Adalah disyorkan agar bayi anda tidur mengiring atau melenting untuk mengurangkan risiko bayi lemas. Bayi yang baru lahir tidak seharusnya diberikan bantal.
Asalkan bayi anda hendak menyusu dan membesar dengan normal, ini bermakna dia telah mendapat tidur yang secukupnya.

Kenapa Bayi Anda Menangis?apakah ertinya?

Bentuk komunikasi pada bayi yang baru lahir adalah sangat terhad. Maka, satu-satunya bentuk komunikasi yang paling awal adalah menangis.
Bagaimana bayi menangis adalah berbeza antara satu sama lain, tetapi mengapa mereka menangis adalah sentiasa disebabkan oleh alasan yang serupa, iaitu mereka memerlukan sesuatu

Berikut adalah beberapa sebab mengapa bayi anda menangis :
� Lapar
� Tidak sihat
� Kembung perut
� Lampin basah atau kotor
� Tidak berasa selesa
� Terlalu panas atau sejuk
� Rasa sunyi, atau bosan, ingin dibelai dan didakap
� Penat , ingin tidur
� Terkejut atau takut

Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk belajar memahami corak tangisan bayi, kerana ia merupakan langkah yang amat penting untuk memahami keperluan bayi.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice