MASALAH PUTING TENGGELAM? #5 TIPS MENIMBULKAN PUTING UNTUK LEKAPAN.
Mommy dengan puting leper ataupun tenggelam memerlukan sokongan dan kesabaran yang tinggi bagi memastikan prnyusuan bayi dapat dilakukan dengan jayanya.Sekiranya ibu menghadapi masalah mendapatkan lekapan yang betul, jangan segan dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Insya Allah, berkat bantuan dan sikap tidak mudah putus asa, kejayaan dan kenikmatan penyusuan ibu dapat dirasai oleh ibu.
#5 Cara menimbulkan puting untuk lekapan si manja:
1. Rangsang puting sebelum menyusu.
- Golekkan puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama beberapa minit.
- Sentuh puting dengan kain basah yang sejuk ataupun ais yang dibalut dengan tuala.
- Sentuhan sejuk ini tidak boleh dilakukan terlalu lama kerana boleh merencatkan refleks ejeksi susu.
2. Titiskan sedikit susu pada puting.
- Merangsang bayi supaya fokus pada proses lekapan di payudara.
- Titisan susu juga dapat diletakkan di celah mulut bayi bagi ditelan.Tindakan refleks selepas menelan adalah menghisap.
- Ini dapat membantu bayi supaya melekap dan menghisap payudara ibu.
3. Gunakan pam ataupun alat sedutan khas.
- Sedutan daripada pam ataupun alatan khas itu ‘menarik’ puting keluar sebelum menyusu. Ia melonggarkan lekatan di sekeliling puting dan membantu puting timbul.
- Ada ibu yang hanya memerlukan sekali pam sahaja bagi menarik putingnya keluar, tetapi ada pula yang memerlukan beberapa kali pam sebelum puting timbul bagi lekapan. Ini semua bergantung pada seketat mana lekatan tisu pada sekeliling puting.
4. Menggunakan breast shell sebelum menyusu.
- Breast shell adalah sejenis alat yang mempunyai dua bahagian.
- Satu bahagian yang rata mempunyai bukaan, dan satu bahagian lagi berbentuk kubah separuh bulat.
- Ia diletakkan pada payudara , puting dimasukkan melalui bukaan itu.
- Bahagian kubah itu pula dilekatkan pada bahagian rata bagi mengelakkan puting bersentuh dengan coli.
- Alat ini dipakai di dalam coli. Tekanan pada puting akan melonggarkan tisu-tisu di sekeliling puting dan membantunya supaya timbul.
- Selepas bersalin, ibu dapat menggunakannya setengah jam sebelum mula menyusukan anak.
- Boleh juga dipakai antara sesi penyusuan bagi memberi kesan yang lebih baik.
- Basuh breast shell selepas digunakan mengikut saranan syarikat pengeluar.
- Susu yang terkumpul antara sesi penyusuan semasa ibu memakai alatan ini perlu dibuang kerana dikhuatiri dicemari bakteria.
- Namun, susu yang meleleh semasa sesi memerah disimpan seperti biasa.
- Pemakaian coli yang sesuai penting bagi menjamin keselesaan ibu.
- Ibu mungkin terpaksa memakai coli yang mempunyai saiz yang lebih besar dari biasa.
- Beberapa pengalaman ibu menggunakan breast shell di laman forum melaporkan, hasil ini begitu memuaskan bagi menyelesaikan masalah puting tenggelam.
5. Menggunakan pelapik puting (nipple shiled)
- Pelapik puting (nipple shield) mungkin diperlukan sekiranya bayi tidak dapat melekap walaupun pelbagai cara dilakukan.
- Alat ini direka dengan bentuk puting dan mempunyai lubang supaya memudahkan bayi melekap dan dapat merangsang bayi menghisap.
Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
[ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]