Pemakanan Ibu Mengandung Trimester Ketiga

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Pemakanan Ibu Mengandung Trimester Ketiga

Setelah kehamilan anda memasuki pada bulan ke 6-9, faktor pemilihan makanan juga bergantung kepada keadaan tubuh badan. Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, maka pemilihan makanan yang mempunyai karbohidrat tinggi perlu dikurangkan. Perbanyakkan mengambil buah-buah dan sayur-sayuran.Manakala makanan jenis serat akan membantu anda untuk mengurangi sembelit seperti beras perang, Roti Gandum?, Oat?, dan jenis lain-lain. Selain itu zat besi, kalsium dan protien?? juga harus diamb‎il untuk keseimbangan diet sewaktu anda mengandung bagi keperluan secukupnya anda dan bayi anda.

Di peringkat ini juga, ibu mengandung sering kali berdepan dengan masalah bengkak kaki. Untuk mengurangkan risiko tersebut anda perlu mengurangkan pengambilan garam ?atau hanya mengambil garam yang dicampurkan ke dalam makanan yang dimasak dengan kadar yang minimum kerana kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan pengaliran air di dalam badan tidak stabil dan penekanan pada pembuluh darah besar di perut sebelah kanan (vena kava) reaksi terhadap rahim yang membesar sehingga terjadinya darah yang melalui jantung akan berkurangan dan akan berkumpul di bahagian bawah.

Selain itu juga pengambilan makanan pedas ?️?️juga hendaklah dikurangkankan kerana ini akan mengganggu sistem pencernaan dan anda boleh mengalami keadaan seperti cemas ?, depression ?, serta mengalami sakit badan. Pengambilan makanan yang pedas juga mengundang kesan buruk pada kandungan anda jadi seharusnya pada saat mengandung elakkan dari mengambil makanan pedas.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice