?️Setiap kali apabila hendak membawa keluar Baby bersama ketika hendak bercuti mesti golongan ibu-ibu la yang pening untuk membuat persiapan kan?
? dengan menyediakan senarai semak untuk barang-barang keperluan baby adalah satu tindakan yang sangat efektif bagi memastikan barangan yang dibawa itu mencukupi dan tidak akan membawa sebarang masalah jika terdapat sebarang kemungkinan.
??????? ????? ???????? ???? ????? ????????? :
✍️
☑️Diapers / Lampin Pakai Buang
Jumlah anggaran 1 keping untuk setiap 1 jam dalam satu perjalanan dan tambahkan beberapa keping lagi jika berlaku penangguhan.
✍️
☑️Pad Lampin
Pad ini digunakan untuk membaringkan baby anda semasa penukaran lampin. Boleh didapati dimana-mana kedai barangan baby yang berhampiran.
✍️
☑️Selimut
Bawa beberapa selimut. Selimut ini digunakan untuk mengalas bayi anda semasa didakapan anda. Boleh juga digunakan untuk menutup “Nursing Cover” ataupun boleh digunakan sebagai pelindung cahaya atau dijadikan sebagai alas untuk mengelakkan terkena muntah baby.
✍️
☑️Beg Plastik
Sediakan Beberapa keping beg plastik untuk kegunaan seperti pembuangan lampin, menyimpan baju-baju yang telah dipakai dan juga selimut.
✍️
☑️Minyak / Cream Lampin
Barang-barang lain juga seperti
☑️ Tisu Lembab / Wipes Tissues
☑️ Set Mandian & Baby Lotion
☑️ Tisu
☑️Pacifier tambahan (jika bayi anda menggunakannya)
☑️ Beberapa jenis mainan kesukaan anak anda
☑️ Baju, Stokin, Sarung Tangan Bayi (Bawa beberapa helai 1/2 helai untuk kegunaan sehari adalah panduan yang terbaik.)
☑️Washable Bibs
☑️Topi
☑️ Bekas makanan dan set sudu & makanan bayi / Food Storage
☑️ Susu Formula, Air Mineral, dan air jus jika diperlukan
☑️Tambahan Botol susu, Puting, Sippy Cup.
☑️Makanan Ringan untuk anda makan ketika didalam perjalanan
☑️Pam susu / Breast pump (Jika anda menggunakannya)
☑️Lampu LED
Digunakan sewaktu penukaran lampin bayi jika anda berhenti di kawasan yang gelap atau di tengah malam.
☑️Peti Kecemasan / First Aid
Mempunyai kelengkapan seperti ubat-ubat untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa kecederaan.
☑️Baby Carrier / Sling Carrier
☑️Portable Playpan / Katil Bayi Mudah Alih
☑️Tab Mandi Bayi
Digunakan untuk kemudahan ketika memandikan bayi sekiranya anda telah berada di destinasi yang dituju.
☑️Car seat / Kerusi Duduk Bayi
☑️Stroller Compact
Semoga dengan senarai yang diberikan diatas akan memberikan sedikit sebanyak info kepada ibu-ibu diluar sana dalam menyediakan barang-barang bayi jika hendak keluar bercuti.