Rasa Excited je kan apabila baby dlm perut mula menendang????Waktu akak pregnant saat ini la yang ditunggu2. Kali ni akak nk share kenapa yang dimaksudkan dengan “Baby Kick” ni.?
Kebiasaanya ibu hamil pada kali pertama akan dapat merasakan “Baby Kick” pada kandungan berusia 16 minggu sehingga 25 minggu berbeza pula pada ibu yang kali
keduanya hamil akan dapat merasakan “Baby Kick” pada kandungan yang berusia 13 minggu. “Baby Kick” si kecil akan dapat dirasakan ketika ibu sedang duduk atau baring
atau sedang dalam posisi rileks. Ibu-ibu mungkin akan tertanya-tanya mengapa bayi di dalam kandungan adakah bayi itu mempunyai ciri-ciri pemain bola? Mengikut pakar penyelidikan kehamilan Obstetrics & Gynecology : Tendangan pertama bayi dalam rahim menunjukkan ia sudah berusia Lima bulan dan sedang melalui perkembangan selanjutnya.
?????? ?????? ????????? ???? ?? ????? ????? :
?1. Tendangan pertama adalah menunjukkan usia, perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan sedang aktif. Ini mungkin juga menunjukkan saat bayi sedang
menggeliat, mungkin anda akan merasa perut anda seolah bergetar.
?2. Kekerapan tendangan meningkat jika ibu sedang berbaring mengiring ke kiri.Kedudukan ibu yang sedang berbaring mengiring ke kiri mungkin akan dikejutkan dengan tendangan si
kecil berulang kali ini kerana pada ketika ini sebenarnya meningkatkan saliran darah ke dalam rahim sehingga pergerakan bayi meningkat. Tendangan bayi dalam rahim juga menunjukkan badan si kecil melalui pertumbuhan dengan baik.
?3. “Baby Kick” Menunjukkan perangai si kecil Jika anda mempunyai bayi yang sangat aktif ia masih didalam rahim, ada kemungkinan ia akan menjadi seorang kanak-kanak yang sangat aktif.
?4. Respon Kepada Alam Sekitar Bayi juga bergerak sebagai responnya untuk menyatakan makanan apa yang sebaiknya
anda makan. Ini adalah perkembangan yang sangat normal dan anda tidak perlu risau tentang keadaan seperti ini.