Rawatan / Petua Kurangkan Selesema Pada Bayi

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Rawatan / Petua Kurangkan Selesema Pada Bayi

RAWATAN

Selesema ini kebanyakkan adalah disebabkan oleh jangkitan virus, maka ia adalah self-limiting (baik dengan sendirinya), tidak ada ubat spesifik yang diperlukan untuk merawatnya. Beri masa dalam seminggu dan anak anda akan beransur pulih. Bergantung kepada keadaan bayi anda, doktor mungkin juga akan memberikan beberapa jenis ubat seperti:

#1 Ubat demam

Ia hanya diberikan sekiranya demam bayi mencecah suhu 39 darjah. Doktor akan memberikan ubat demam ini bagi meredakan demam bayi sahaja.

#2 Ubat titik hidung

Ubat ini mengandungi normal saline iaitu cecair biasa yang digunakan di klinik. Ia digunakan bagi meredakan hidung tersumbat dan menggalakkan pengeluaran cecair mukus dari dalam hidung. Dilarang untuk menggunakan ubat selesema bagi kanak-kanak yang kurang dari 2 tahun.

PETUA

Doktor akan menasihatkan anda untuk bertenang dan sentiasa memantau bayi anda. Selain itu, ini antara amalan yang boleh anda lakukan di rumah:

#1 Teruskan menyusu bayi ataupun pastikan anak anda mendapat hidrasi yang cukup.

Semestinya bayi yang tidak sihat menjadi kurang selera makan dan tidak mahu menyusu. Cuba sebaik mungkin untuk terus menyusukan mereka setiap 2 jam sehari. Ibu menyusu juga digalakkan untuk minum air yang banyak bagi membekalkan susu yang tidak putus.

Bagi anak yang sudah boleh minum, pastikan mereka meminum air kosong yang secukupnya. Ini sangat penting kerana apabila badan kita mempunyai hidrasi yang cukup, ia akan bekerja dengan lebih baik untuk melawan jangkitan.

#2 Bersihkan hingus atau mukus dalam hidung anak.

Ibu bapa boleh membeli alat penyedut hingus yang ada dijual di farmasi dan membersihkan hidung bayi daripada tersumbat dengan mucus. Gunakan bersama ubat titik hidung yang diberi doktor. Ini haruslah dilakukan setiap 4 jam bagi melegakan hidung dan membantu bayi bernafas dengan baik.

Bagi kanak kanak yang sudah boleh menghembus hingus, ajar mereka untuk membersihkan hidung mereka setiap kali mereka rasa tidak selesa. Diingatkan untuk sentiasa guna kain atau tuala yang lembut bagi membersihkan hingus.

#3 Tingkatkan penjagaan kebersihan diri dan rumah anda.

Kerap basuh tangan dan seeloknya mandi dahulu sebelum bermain dengan bayi. Sekiranya anda demam atau selesema, seeloknya tidur di bilik berasingan bagi mengelakkan jangkitan terkena pada bayi anda. Yang penting sekali, jangan bersin atau batuk di hadapan muka bayi.

Pastikan juga kawasan rumah anda sentiasa bersih dan tidak berdebu kerana debu boleh menyebabkan rekaksi alergi yang membuat anda bersin. Jangan merokok di dalam kawasan rumah ataupun berdekatan bayi. Ini bukan sahaja boleh buat bayi selesema namun boleh mencetuskan serangan asma.

BOLEH DAPATKAN SEGERA DI SETIAP CAWANGAN KAMI YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA!!!

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice