Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak

Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti 6 tips mudah ini.

1. IKUT KUANTITI BAYI

Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Ini akan mengelakkan pembaziran. Kerja juga menjadi lebih mudah.

2. LABEL DENGAN BETUL

Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan. Beli sticker dan marker yang murah-murah di kedai-kedai alat tulis.

3. SEDIAKAN RUANG

Bukan ruang untuk simpan susu dalam peti sejuk. Maksudnya, jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.

4. JANGAN CAMPUR

Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak.

5. FREEZER PALING SEJUK

Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu). Biasanya, ini tempat orang simpan ikan dan ayam, bukan sayur. Tidak perlu beli peti sejuk baru. Kemas, bersihkan dan sediakan ruang untuk simpan susu badan.

6. SEKALI GUNA SAHAJA

Guna susu perahan sekali sahaja. Sebab itu diberitahu, simpan ikut kuantiti bayi. Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

TEMPOH HAYAT SUSU

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice