#3 TIPS TERPENTING SEBELUM MEMBELI PAM SUSU
#1 Baca komen berkaitan pam
* Dapatkan sebanyak mungkin pilihan pam berpandu kepada kriteria yang sudah di tetapkan oleh ibu.
* Baca komen daripada pengguna-pengguna pam itu.
* Laman web sesuatu jenama adalah sumber bagi mengetahui spesifikasi dan ulasan berkaitan pam itu.
* Forum dalam talian (online forum) membincangkan hal penyusuan dan keibubapaan adalah satu platform yang baik bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna.
* Maklum balas juga dapat diperoleh daripada perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan.
* Senaraikan kebaikan dan keburukan setiap pam berpandu kepada ulasan-ulasan yang didapati.
* Beri perhatian kepada ulasan yang sama dan konsisten daripada saemua pengguna.
* Ia dapat membantu ibu membuat keputusan yang tepat.
#2 Cuba dahulu sebelum beli
* Sebaiknya, cuba dahulu beberapa pam yang ada di pasaran sebelum membelinya.
* Beberapa kedai yang menjual barangan penyusuan memberi peluang kepada ibu mencuba dahulu beberapa jenis pam sebelum membuat keputusan.
#3 Pemilihan saiz corong yang bersesuaian.
*Memerah susu menggunakan pam susu bukan satu aktiviti yang menyakitkan, jadi sekiranya ibu berasa sakit, beberapa perkara perlu diberi perhatian.
*Adakah spesifikasi kitaran hisap-lepas dan vakumnya bersesuaib bagi memerah susu?
*Adakah size flange sepadan dengan saiz payudara dan puting ibu?
*Flange adalah bukaan besar umpama corong yang diletakkan pada payudara dan disambungkan melalui terowong kepada botol yang digunakan bagi mengumpul susu.
*Lazimnya, saiznya adalah standard bagi semua pam.
*Semasa mengepam, puting dan areola akan memanjang dan puting akan menjadi lebih besar.
*Sekiranya puting ibu bergeser dengan tepi flange semasa mengepam, ia akan menyebabkan kecederaan.
* Sesetengah ibu yang mempunyai puting yang besar mungkin memerlukan saiz flange yang lebih besar.
– Ibu dapat membeli saiz muncung yang lebih besar dan sesuai dengan keadaaan fizikal payudara.
-Hubungi penjual bagi bertanyakan saiz yang ada, dan sekiranya boleh mencubanya terlebih dahulu bagi melihat kesesuainnya.
– Flange yang terlalu besar juga dapat membantutkan pengeluaran susu kerana tekanan mencukupi tidak dapat diberikan kepada duktus susu bagi mengalirkan susu.
– Dapatkan flange yang betul-betul bersesuaian dengan saiz puting ibu.
Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”