Mesti ramai parents dekat luar sana yang suka travel kan? Tak kisahlah travel dalam negara ke luar negara ke. Tapi bila fikirkan dah ada anak kecil ni mesti rasa macam susah nak bawa anak pergi travel kan sebab risau masa travel anak meragam lah apa lah. Tapi nak tahu tak semua tu kita boleh elakkan kalau kita dah buat persediaan awal sebelum travel so, parents semua jangan risau anda masih boleh travel bersama anak anda walaupun mereka masih kecil. Mari saya kongsikan beberapa tips yang akan membantu ibu bapa membuat penyediaan awal sebelum pergi travel.

1.Stroller

Bawa stroller yang bersesuaian contohnya kalau pergi travel tempat yang kena naik kapal terbang tu bawalah stroller yang boleh dibawa ke kabin penerbangan sebab kalau si manja penat ke nak tidur ke dia boleh tidur or rehat dalam stroller dekat airport tu nanti.

2.Baby Carrier

Masa nak travel nanti  mesti kita banyak nak ambil gambar dan jalan-jalan kan. Jadi untuk memudahkan parents time travel tu, parents boleh lah sediakan baby carrier so takdelah kita dukung si manja kita sepanjang masa dan kita pun tak rasa cepat penat. Kalau dekat airport pun kita boleh guna baby carrier untuk anak kita bukan apa senang sikit untuk kita nak bawa handbag, luggage and barang-barang lain.

3.Sewa Kenderaan

Bila bawa si kecil pergi travel biasalah ada masa mood dia` ni tak menentu tambahan pula kalau tempat yang mereka tak biasa. Ada masa mood dia okay ada masa dia cranky jadi, untuk memudahkan ibu bapa apa kata sewa kenderaan jadi senang sikit untuk handle anak kita kalau dia cranky or moody. Tapi kalau nak naik kenderaan awam pun boleh je tapi kita kena pandailah distract anak kita dengan mainan ke susu ke bila dia dah start moody tu.

4.Ubat-ubatan

Little child medicine thermometer fever healthcare

 

Bawa sekali ubat-ubatan untuk si kecil anda incase dia selsema,batuk,demam or kulit kering ke nanti time travel. Parents jugak dinasihatkan untuk ambil vaksin untuk si kecil dulu sebelum pergi travel.

5.Mainan

 

Mainan ni untuk distract si kecil supaya dia leka dan tenang  masa dalam flight nanti. Boleh juga gunakan ipad/phone/inflight TV untuk pasang cartoon bagi si manja tengok untuk bantu mereka leka dan tenang.

6.Puting Susu

Sediakan puting/ susu waktu flight nak takeoff or landing supaya telinga si kecil tak sakit.

7.Hotel

Parents yang bawa anak kecil time travel dinasihatkan untuk sewa hotel dekat kawasan yang tak terpencil. Contohnya sewalah hotel dekat kawasan yang dekat dengan attractions/central area supaya kalau tengah jalan-jalan tu ada emergency senang nak balik hotel.

8.Waktu Rehat

Travel dengan si kecil ni kena slow phase nak nak lagi kalau travel dekat tempat yang jauh sebab baby tak suka duduk dalam kenderaan lama-lama lepas 3 jam je biasanya dia akan cranky. Jadi bila dah rasa perjalanan dah jauh and si kecil dah cranky tu overnight dekat kawasan berdekatan untuk si kecil rehat and kita rehat sekali sebab tu kena rancang trip anda sebelum travel supaya dapat memudahkan anda dan si manja.

9.Sentiasa Bersedia

Biasalah kalau bawa anak kecil travel ni parents kena selalu bersedia kalau anak tiba-tiba moody ke cranky ke kena pandailah pujuk anak anda tu ye untuk bertenang. Sebab tu penting parents plan trip dan buat persediaan awal untuk diri dan si kecil.

 

Sumber : Pa&Ma (16 Dec 2018 oleh Azma ML)

 

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat membantu parents semua yang ada bercadang untuk pergi travel bersama si manja anda. Apa apa pun sebagai parents kita kena bijak merancang perjalanan dan membuat research keperluan si kecil ketika travel supaya percutian anda sekeluarga berjalan dengan lancar. Selamat bercuti !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *