Bayi mogok susu badan? Apakah punca disebaliknya?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Bayi mogok susu badan? Apakah punca disebaliknya?

Bayi mogok susu badan? Apakah punca disebaliknya?

Masalah bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti. Berikut antara beberapa pencetus mogok menyusu yang paling biasa terjadi:

  • Aliran susu badan anda terlalu kuat. Keadaan ini berlaku di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara anda.
  • Anda berdepan dengan tekanan sama ada melibatkan kerja atau kehidupan seharian seperti sudah kembali bekerja atau melibatkan masalah kewangan keluarga.
  • Bayi anda mengalami penyakit atau kecederaan yang membuatkan penyusuan menjadi tidak menyelesakan. Contohnya jangkitan telinga, hidung tersumbat serta jangkitan fungus atau luka pada mulut.
  • Bayi anda mengalami sakit gusi kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi.
  • Anda dalam fasa ovulasi dan bekalan susu mungkin berkurangan buat sementara waktu.
  • Anda memberikan tindak balas mengejut yang kuat apabila anak anda secara tidak sengaja menggigit puting. Bayi tidak mahu menyusu badan mungkin kerana ketakutan(trauma).
  • Anda berada dalam keadaan tidak sihat atau mengambil sebarang ubat termasuk beberapa kaedah kawalan kelahiran, yang boleh memberikan kesan negatif kepada bekalan susu.
  • Anda mengubah corak penyusuan disebabkan beberapa faktor seperti memulakan pekerjaan baharu, mula menghantar bayi kepada pengasuh atau kerap menangguhkan penyusuan badan kerana sibuk.
  • Anda kurang mengepam susu apabila berjauhan dengan bayi.
  • Anda kembali hamil dan bekalan susu semakin berkurangan.
  • Anda menukar jenis deodoran, sabun, minyak wangi, losen atau perkara-perkara lain yang mengakibatkan wujud ‘bau’ berbeza daripada kebiasaannya kepada anak anda.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice