Bayi tidak mahu menyusu badan? Apa maksudnya?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Bayi tidak mahu menyusu badan? Apa maksudnya?

Bayi tidak mahu menyusu badan? Apa maksudnya?

Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja?

Sudah tentu keadaan sebegini boleh mendatangkan kebimbangan di hati para ibu. Apatah lagi apabila anda turut menyedari si kecil kurang menyusu seperti biasa.

Adakah keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan???

Bertenang ibu-ibu! Kebiasaanya, situasi bayi tidak mahu menyusu ini dikenali sebagai nursing strike atau mogok menyusu.

Apa yang dimaksudkan dengan nursing strike atau mogok susu ini sebenarnya?

Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak menolak untuk menyusu.

Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.

Umumnya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara anda tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu.

Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda bayi anda sudah bersedia untuk bercerai susu.

Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun.

Bahkan sekiranya bayi anda sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice