Mommy dengan Daddy dah tahu ke belum tahun depan dah diwajibkan untuk menggunakan car seat ? Tinggal berapa bulan je lagi nak menjelang tahun 2020 car seat dah beli ke belum untuk anak anda .. Kalau Mommy dengan Daddy dah pergi buat survey dekat mana-mana kedai yang jual car seat mesti jumpa macam-macam jenama kan. Harga, pattern pun macam-macam ada terdapat di pasaran. Tapi ada beza ke semua tu ?  Mestilah ada perbezaannya tersendiri jadi jangan nampak car seat tu murah terus beli kena tahu dulu apa ciri-ciri car seat yang Mommy Daddy nak beli tu terutama sekali pilihlah car seat yang mempunyai piawaian keselamatan

 

 

Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Nurulhana Borhan berkata piawaian itu ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135cm.

“Selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

“Ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada Miros, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nurulhana berkata pihaknya sering menasihatkan ibu bapa agar tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

“Apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi, kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit.

“Sebenarnya ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300,” katanya.

Semoga artikel ini dapat membantu Mommy dan Daddy dalam membuat persediaan membelikan car seat kepada anak-anak. Semoga bermanfaat !

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *